Bahasa-bahasa Uto-Aztek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uto-Aztek
Taburan
geografi:
Amerika Syarikat Barat, Mexico, El Salvador
Klasifikasi bahasa:Salah satu keluarga-keluarga bahasa utama dunia
Bahasa-proto:Proto-Uto-Aztek
Pembahagian:
ISO 639-5:azc
Glottolog:utoa1244[1]
{{{mapalt}}}
Taburan prakolonial bahasa-bahasa Uto-Aztek

Taburan terkini bahasa-bahasa Uto-Aztek di Mexico

Bahasa-bahasa Uto-Aztek atau jarang-jarang Uto-Nahuatl[2] ialah sebuah keluarga bahasa yang terdiri daripada bahasa peribumi Amerika, dengan bilangan lebih 30 bahasa. Bahasa-bahasa Uto-Aztek hampir eksklusif wujud di Amerika Syarikat Barat dan Mexico. Nama keluarga bahasa ini menggambarkan penyartaan bahasa Ute di Utah dan bahasa-bahasa Nahuatl (juga dikenali sebagai bahasa-bahasa Aztek) di Mexico.

Bahasa-bahasa Uto-Aztek ialah antara keluarga-keluarga bahasa Amerika terbesar daripada aspek bilangan penutur, bilangan bahasa dan keluasan taburan.[3] Bahasa paling utara ialah bahasa Shoshoni di Salmon, Idaho, dan bahasa paling selatan ialah bahasa Pipil di El Salvador. Ethnologue memberi nilai jumlah bahasa sebanyak 61, dengan angka 1,900,412 orang penutur.[4] Kira-kira empat per lima daripada ini ialah penutur bahasa Nahuatl.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Uto-Aztecan". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ "Nahuatl Family". SIL International. Dicapai pada 16 October 2020.
  3. ^ Caballero 2011.
  4. ^ Ethnologue (2014). "Summary by language family". SIL International. Dicapai pada 2 Julai 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]