Bahasa rasmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.

Pemilihan bahasa rasmi (atau pemilihan tidak mempunyai bahasa rasmi) boleh menjadi isu yang menimbulkan perbalahan.[1] Daripada 193 negara berdaulat di dunia, 178 memiliki bahasa rasmi. Banyak negara yang mengiktiraf lebih daripada satu bahasa rasmi. Di negara yang tidak mempunyai bahasa rasmi, lazimnya akan wujud bahasa de facto. Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi paling biasa, diiktiraf di 51 buah negara. Ini diikuti bahasa Arab, Perancis dan Sepanyol.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Patten tidak disediakan