Bahjat Abu Gharbiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahjat Abu Gharbiah
Butiran peribadi
Lahir1916 (1916)
Meninggal dunia2012 (berumur 95–96)

Bahjat Abu Gharbiah (Arab: بهجت أبو غربية, 1916-2012) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau ialah pengasas bersama bagi cawangan Parti Kebangkitan (Parti Ba'ath) di Ramallah, salah satu cawangan paling giat di Tebing Barat.[1] Beliau menyertai dalam banyak penentangan bersenjata dan jalan diplomasi dalam bagi membebaskan wilayah Palestin.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Bahjat dilahirkan di Khan Yunis pada 1916, dari keluarga yang berasal dari Hebron.[2] He menyertai penentangan bersenjata semasa pemberontakan tahun 1939 dan Nakba 1948. Beliau juga menjadi pemimpin bagi Tentera Pembebasan Suci dan dalam pertempuran Al-Qastal pada 1948.[3]

Beliau mengasaskan cawangan Parti Baath di Ramallah dan menjadi anggota kepimpinan utama parti itu dari 1949 hingga 1959. Beliau terpilih sebagai anggota pertama Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada Ogos 1964, di mana beliau mengetuai pihak pembangkang kepada ketua, Ahmad Syukairi. Beliau turut menjadi anggota Majlis Kebangsaan Palestin (PNC), dan membentuk Jawatankuasa Penentangan Rakyat, bersama-sama Subhi Ghushah dan Ishak Duzdar di Baitulmaqdis pada Mei 1967;

Beliau sekali lagi terpilih menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif PLO pada 1971 hingga 1972. Beliau bertanding dalam pemilihan presiden PNC pada 1977, namun tewas kepada Khaled Fahum.[4]

Beliau memberi ucapan dalam himpunan hak untuk kembali di Amman pada Disember 2001.[5]

Beliau meninggal dunia pada 26 Januari 2012.

Karya[sunting | sunting sumber]

Beliau menerbitkan memoir perang dalam bahasa Arab terbitan Institut Pengajian Palestin pada 1993, berjudul - Di Tengah-tengah Kesungguhan Untuk Perjuangan Arab-Palestin: Memoir Pejuang Kebebasan Bahjat Abu Gharbieh, 1916-1949,[6] yang menerangkan peranan beliau dalam penentangan rakyat Palestin terutama semasa Pemberontakan Hebat (1936-1939) menentang British dan Perang 1948.

Jilid kedua memoirnya diterbitkan oleh Institut Arab bagi Penyelidikan dan Penerbitan pada 2005 meliputi kisahnya ketika tempoh antara Nakbah dan Intifadah (1949-2000).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anderson 2005, m/s. 136.
  2. ^ "بهجت أبو غربية: أيقونة الهم الفلسطيني ترجل عن قرن مكتظ بالحسرات". مجلة نضال الشعب (dalam bahasa Arab). 2017-03-04. Dicapai pada 2023-12-02.
  3. ^ "PASSIA - ABU GHARBIYEH, BAHJAT (-)". www.passia.org. Dicapai pada 2023-12-02.
  4. ^ Henry Tanner (14 Mac 1977). "Palestinian Militants Lose Vote at Cairso Parley, But Show Strength". The New York Times. Dicapai pada 3 Disember 2023.
  5. ^ "Thousands Join the Right of Return Celebration in Amman, Jordan". www.freearabvoice.org. Dicapai pada 2023-12-03.
  6. ^ Gharbieh, Bahjat A. (1993-01-01). In the Midst of the Struggle for the Arab Palestinian Cause: The Memoirs of Freedom-Fighter Bahjat Abu Gharbieh, 1916-1949 (dalam bahasa Inggeris). Institute for Palestine Studies. ISBN 978-0-88728-252-2.

Buku[sunting | sunting sumber]