Bakung labah labah merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bakung Labah Labah Merah
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Angiosperma
Kelas: Monokotiledon
Order: Asparagales
Famili: Amaryllidaceae
Tribus: Lycorideae
Genus: Lycoris
Spesies: Lycoris
Nama binomial
Lycoris radiata

Bakung Labah Labah Merah, Red Spider Lily ataupun dalam Bahasa Saintifik, Lycoris Radiata ialah sejenis pokok bunga dalam keluarga Amaryllidaceae. Bunga ini terbahagi kepada beberapa jenis, termasuklah Aurea, Squamigera, Sanguinea, dan Sprengeri. Bunga ini tidak melakukan hubungan seksual, kerana ianya mempunyai kedua-dua anggota kelamin dan untuk penghasilan, bunga ini hanya perlu bergaul secara rawak. Untuk pengetahuan umum, bunga ini dapat dilihat dengan jelas melalui siri anime Jigoku Shōjo.

Pengenalan Dari Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Bakung Labah Labah Merah kali pertamanya datang ke Amerika Syarikat dengan Kapten Williams Roberts yang baru pulang dari Jepun pada tahun 1854. Kapten Williams membawa tiga kuntum bunga ini pulang bersamanya. Kapten Williams menanamnya bersama-sama dengan anak saudaranya. Kapten Wiliams merawat Bunga Bakung, dan mendapati bahawa bunga ini tidak akan berbunga, kecualilah di musim hujan.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Bakung Labah Labah Merah tidak menyukai tempat atau suhu yang panas. Ianya lebih suka berada di tempat atau suhu yang lembab. Bunga ini tidak dapat bertahan dan tidak aktif pada musim panas. Apabila musim sejuk tiba, bunga ini akan berkembang dengan mekar. Bunga ini berasal dari negara China tetapi banyak ditanam di Jepun. Di Amerika Syarikat, bunga ini tumbuh di North Carolina, Texas dan banyak terdapat di negara-negara selatan yang lain.

Kegunaan Bakung Labah Labah Merah[sunting | sunting sumber]

Akar umbi Bakung Labah Labah Merah amatlah berbisa dan selalu digunakan di Jepun dengan menanamnya di sekeliling tanaman padi dan rumah untuk menghalau tikus dan binatang buas. Dan oleh sebab itu, kebanyakan bunga Bakung Labah Labah Merah ini tumbuh di tepi sungai pada zaman sekarang. Di Jepun, bunga ini akan berbunga pada musim luruh. Kebanyakan Sami bagi yang beragama Buddha selalu menggunakannya untuk perayaan musim luruh. Rakyat Jepun juga menanamnya di pusara sebagai penghormatan dan penghargaan kepada si mati. Oleh sebab bunga ini selalu dikaitkan dengan kematian, rakyat di negara Jepun tidak menjadikannya sebagai hadiah kepada orang ramai.

Lagenda[sunting | sunting sumber]

Mengenai Bakung Labah Labah Merah ini, terdapat banyak lagenda-lagenda yang boleh dikaitkan, terutamanya yang berkait rapat dengan lagenda dari negara China dan Jepun. Bunga ini dikatakan tumbuh di neraka, dalam Bahasa Cina neraka ini dikenali dengan nama Diyu ataupun Huangquan. Bunga ini juga berkait rapat dengan lagenda Jepun, iaitu kelahiran semula, ataupun disebut sebagai reincarnation, renkarnasi. Contohnya dalam siri anime InuYasha, Kikyo yang telah mati dan dibangunkan semula sambil memegang bunga ini. Bunga ini juga sering disebut di dalam Manga Jepun, contohnya Bride Of Water God berkaitan dengan percintaan yang pada akhirnya tidak berkesampaian. Ini kerana, apabila bunga ini berkembang mekar, maka daunnya akan mulai gugur. Manakala apabila daunnya pula yang mekar, maka bunganya secara langsung akan gugur. Diibaratkan persis sepasang kekasih yang saling mencintai namun mereka tidak dapat bersama-sama pada akhirnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Wikipedia Bahasa Inggeris, tontonan dari ntv7 siri animasi Jigoku Shōjo