Agama Buddha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arca Buddha di Borobudur, Jawa, Indonesia

Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, and Vajrayāna. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia.

Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semesta yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang menghidari kejahilan dan mengenali alam semesta nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.

Sitting Buddha, named "Phra Puttha Palileyaka", Wat Pho, Bangkok

Śākyamuni dikatakan sebagai pengasas Buddha. Terdapat banyak penganut-penganut Buddha selepas Śākyamuni dan persengketaan sesama manusia dan kemusnahan persekitaran dunia sering berlaku mengikut nafsu sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semesta nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha dan Sangha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang suci. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesengsaraan dalam kehidupan kemanusiaan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus menyucikan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Mulia", atau "Jalan Kesederhanaan" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesengaraan, iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).

Gautama Buddha[sunting | sunting sumber]

Menurut semua aliran agama Buddha, pengasas Buddha ialah Siddhārtha (Sanskrit) atau Siddhattha (Pāli) Gautama (Pāli: Gotama) yang dilahirkan di hutan kecil Lumbinī yang berdekatan dengan pekan Kapilavastu (Pāli: Kapilavatthu), iaitu ibu kota kerajaan Śākyas (Pāli: Sakyas). Lumbinī terletak di selatan Nepal. Kedudukan ini dicatatkan pada tiang Raja Aśoka.

Piban.mönch.jpg

Ayah Siddhārtha ialah Śuddhodana (Pāli: Suddhodana), iaitu ketua Śākyas. Ibu Buddha meninggal dunia selepas 7 hari Buddha dilahirkan. Peramal Asita meramalkan bahawa Siddhārtha akan menjadi raja yang unggul atau orang yang suci. Ayahnya telah cuba memastikan Siddhārtha tidak dapat melihat kehidupan manusia yang sebenar di luar tempat tinggal mereka kerana ramalan Asita. Baginda menganggap dengan pemerhatian Siddhārtha terhadap kesengsaraan manusia dan alam semesta mungkin menyebabkannya menjadi sami. Walau bagaimanapun, Siddhārtha telah mendapati bahawa setiap orang akan menyambut kelahiran, kesakitan, kelanjutan usia, dan kematian selepas melihat seorang tua, sakit, mayat dan seorang sihat apabila baginda berumur 29 tahun. Baginda mengambil keputusan untuk menjadi sami untuk mencari penyelesaian untuk kesengsaraan dalam kehidupan manusia.

Siddhārtha cuba belajar daripada dua orang Brahmin. Baginda berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam pertapaan tetapi masih tidap dapat mencari penyelesainya kesengsaraan dalam kehidupan manusia walaupun kemampuannya sudah melebihi guru. Baginda dan sekumpulan teman telah meninggalkan gurunya lalu cuba menyeksa diri. Selepas enam tahun, baginda hampir meninggal dunia akibat kelaparan tanpa sebarang kebaikan yang diperolehinya. Dia berhenti menyeksa diri dan menumpukan perhatiannya dalam pertapaan. Akhirnya, Siddhārtha menemui "Jalan Kesederhanaan", iaitu jalan yang tidak perlu menyeksa diri sendiri dan menyeksa orang lain. Untuk menguatkan badan, baginda menerima susu lembu yang dibekalkan oleh seorang penternak lembu yang melalui tempat itu. Seterusnya, baginda duduk di bawah pokok Bodhi lalu bersumpah dia tidak akan bangun sehingga menemui kebenaran. Baginda menjadi seorang Buddha apabila umurnya 35 tahun. Baginda bermula untuk menyebarkan ajaran Buddha kepada semua makhluk dunia di bahagian utara timur India.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]