Balada sentimental

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Balada sentimental ([sentimental ballad] error: {{lang-xx}}: teg bahasa tidak diiktiraf: en (bantuan)) ialah gaya muzik emosional yang banyak dikaitkan dengan romantik dan keintiman, dan dalam kes yang jarang, sendirian, kematian, perang, penyalahgunaan ubat-ubatan, politik, dan agama, dalam nuansa yang pedih tetapi serius.[1] Untuk menarik perhatian pendengarnya, balada banyak dibuat secara melodi.[2]

Hampir seluruh genre muzik Barat memiliki balada sentimental seperti muzik pop, R&B, soul, country, folk, rock, dan elektronik.[3] Tempo lagu biasanya perlahan, dan cenderung kaya dengan gubahan melodi dan harmoni. Balada juga banyak menggunakan alat muzik akustik, misalnya gitar, piano, saksofon, dan bahkan orkestra. Sementara itu, balada moden arus perdana banyak menggunakan pensintesis, mesin dram, dan bahkan, ada yang dikemas dalam irama tarian.[4]

Balada sentimental berasal dari industri muzik Tin Pan Alley awal abad ke-19.[5] Sering dikenali sebagai "penyentak air mata", lagu-lagu itu umumnya sentimental, naratif, dan strofi yang diterbitkan terpisah atau merupakan bahagian dari opera, mungkin diturunkan dari balada lembar lebar. Saat genre baru lahir pada awal abad ke-20, populariti memudar, tetapi kaitannya dengan sentimentaliti menyebabkan kata balada digunakan untuk lagu cinta betempo perlahan dari tahun 1950-an hingga seterusnya.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ J. M. Curtis, Rock Eras: Interpretations of Music and Society, 1954-1984 (Popular Press, 1987), p. 236.
  2. ^ Bronson, B., H. (1969). The Ballad as Song. Los Angeles: University of California Press
  3. ^ Ord, J. (1990). Bothy Songs and Ballads. Edinburgh: John Donald.
  4. ^ "Pop Music - What Is Pop Music - A Definition and Brief History". Top40.about.com. September 7, 2012. Dicapai pada October 3, 2012.
  5. ^ P. Buckley, The Rough Guide to Rock (Rough Guides, 3rd edn., 2003), p. 378.
  6. ^ Witmer. See also Middleton (I,4,i).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]