Balai Seni Negeri Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Balai Seni Negeri Kedah

Balai Seni Negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya, Alor Setar, Kedah, Malaysia. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals".

Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pada tahun 1983, bangunan ini telah dirasmikan sebagai Balai Seni. Bangunan ini merupakan bangunan Pejabat Kerajaan moden yang terawal dibina di Bandar Alor Star. Ketua pembinaannya ialah Muhammad bin Lebai Tambi, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Pembinaannya bermula pada 21 Januari 1893 (4 Rejab 1310). Setelah siap pada tahun 1893, beliau dipertanggungjawabkan membaik-pulih bangunan Balai Besar.

Bangunan moden yang bercirikan senibina timur dan barat ini pada mulanya dijadikan Mahkamah Besar dan telah dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Shah. Sewaktu upacara perkahwinan lima orang putera-puteri baginda berlangsung selama tiga bulan (Jun hingga September 1904), bangunan ini ditutup untuk dijadikan Dewan Jamuan Khas untuk VIP.

Pada tahun 1912, beberapa jabatan telah ditempatkan di sini seperti Pejabat Tuanku Sultan, Pejabat Perbendaharaan dan Audit serta Penasihat British. Menjelang tahun 1914, kebanyakan jabatan itu berpindah ke Bangunan Wan Muhammad Saman. Bangunan ini diduduki pula oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Tali Air (Saliran). Sempena perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958-1983), bangunan ini dijadikan Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983

Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri.