Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Yang di-Pertuan Agong ke-14.jpg

Yang di-Pertuan Agong ke-14
13 Disember 201112 Disember 2016
Pertabalan 11 April 2012
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Mizan Zainal Abidin
Pengganti Sultan Muhammad V
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah
Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-13
13 Disember 200612 Disember 2011
Pelantikan 13 Disember 2006
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Mizan Zainal Abidin
Pengganti Sultan Muhammad V

Yang di-Pertuan Agong ke-5
21 September 197020 September 1975
Pertabalan 20 Februari 1971
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pengganti Sultan Yahya Petra
Raja Permaisuri Agong Tuanku Bahiyah
Perdana Menteri Tun Abdul Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-4
21 September 196520 September 1970
Pelantikan 21 September 1965
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pengganti Sultan Yahya Petra

Sultan Kedah ke-28
14 Julai 195811 September 2017
Pendahulu Sultan Badlishah
Pengganti Sultan Sallehuddin‎
Pelantikan 14 Julai 1958
Pertabalan 20 Februari 1959

Keputeraan (1927-11-28)28 November 1927
Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British

Kemangkatan 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
Ayahanda Sultan Badlishah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Hamid
Bonda Tunku Sofiah Binti Tunku Mahmud
Sultanah Tuanku Bahiyah
Sultan Haminah
Putera-Puteri Tunku Puteri Intan Safinaz
Tunku Soraya
Tunku Sarina (1960-1991)

Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (28 November 1927 - 11 September 2017) merupakan Sultan Kedah ke-28 (14 Julai 1958 - 11 September 2017) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 - 13 Disember 2016). Baginda merupakan Raja pertama yang memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong dua kali, dan yang paling lama memegang jawatan. Sejurus sebelum kemangkatannya, baginda ialah raja yang paling lama berkuasa kedua di dunia selepas Ratu Elizabeth II dari United Kingdom.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sultan Abdul Halim diputerakan pada 28 November 1927 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdul Halim Shah di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Paduka ayahanda baginda, Raja Muda Kedah (kemudian Sultan Badlishah), merupakan paduka putera ketujuh Sultan Abdul Hamid Halim. Paduka bonda baginda, Nai Sofia binti Abdullah, muallaf dari negeri Siam. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Kolej Wadham, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.[1] Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.[2]

Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama).[3]

Kebawah Duli Tuanku telah menunaikan ibadat haji pada tahun 1974 di kota suci Mekah. Antara yang mengikuti rombongan baginda mengerjakan ibadat haji ialah Tun Dr. Mahathir.[4]

Baginda mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit, Kedah pada pukul 2.30 petang waktu tempatan.[5]

Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara 20 September 1965 dan 21 September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Sultan Abdul Halim, ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 (1970 - 1975)

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.[6]

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan Pertama memegang jawatan ini dua kali.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.[7]

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.[8][9]

Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali[10] dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).[11][tiada dalam ayat yang diberikan] Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.[perlu rujukan]

Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telah pun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.[12]

Kerabat diraja[sunting | sunting sumber]

YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British, ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua orang sultanah rasmi:

  1. Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
  2. Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kemudian dimasyhur sebagai Sultanah Kedah.[13]

Baginda memiliki tiga orang puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Shafinaz. Baginda juga memiliki lima orang cucu.

Baginda pernah berkahwin pada awal remaja yakni sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa baginda melanjutkan pelajaran baginda ke England. Hasil perkahwinan ini, baginda telah dikurniakan seorang puteri.[perlu rujukan]

Sambutan Jubli Emas[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Julai 2008, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah merayakan Jubli Emasnya sebagai Sultan Kedah. Baginda satu-satunya Sultan keempat dalam seramai 28 orang Sultan yang telah merayakan 50 tahun pemerintahan di Kedah.[14] Sultan Kedah yang telah meaniki takhta lebih daripada 50 tahun ialah Sultan Ataullah Muhammad Shah (1432-1473) Sultan ke-8, Sultan Zainal Adilin Mu'azam Shah II (1710-1778) Sultan ke-19 dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943), paduka nenda baginda.

Bersempena dengan Jubli Emas, 15 Julai 2008 diisytiharkan sebagai cuti umum untuk seluruh negeri Kedah.[15] Majlis penyerahan sumbangan sempena Jubli Emas telah diadakan di Istana Anak Bukit pada 6 Julai 2008 oleh Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak. Sepanjang minggu keseluruhan Jubli Emas, pelbagai acara diadakan untuk memperingati Sultan.

Pangkat ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Tuanku Abdul Halim memegang pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja Malaysia[16] dalam tugas perlembagaannya sebelum ini sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta pangkat Marsyal Padang Tentera Malaysia dan Laksamana Armada Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejak tahun 1972, beliau ialah Ketua Kolonel Rejimen Melayu Diraja, dan juga melaksanakan tugas yang sama untuk Kor Khidmat Diraja Tentera Malaysia.

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Panji diraja Kedah
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 28 November 1927 – 13 Mei 1943: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Tunku Badlishah
  • 13 Mei 1943 – 6 Ogos 1949: Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah
  • 6 Ogos 1949 – 15 Julai 1958: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah
  • 9 Mac 1957 – Julai 1957: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Pemangku Raja Kedah
  • Julai 1957 – 15 Julai 1958: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah
  • 15 Julai 1958 – 21 September 1970: Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah XXVIII
  • 21 September 1970 – 20 September 1975: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong V
  • 20 September 1975 – 13 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah XXVIII
  • 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong XIV
  • 13 Disember 2016 – 11 September 2017: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah XXVIII

Gelaran penuh baginda sebelum kemangkatan baginda: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbudin Tuanku al-haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Kedah Darul Aman dan Jajahan Takluknya.

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Negara dan Negeri[sunting | sunting sumber]

Kurniaan asing[sunting | sunting sumber]

Struktur, bangunan dan institusi[sunting | sunting sumber]

Cahaya mata[sunting | sunting sumber]

Baginda berkenan mengambil sepasang kembar puteri kepada paduka kakanda perempuan sulung baginda sebagai anakanda angkat pada tahun 1960.[21] Baginda dikurniakan seorang puteri pada tahun 1966 oleh Tuanku Hajah Bahiyah.[22]

Nama Keputeraan Kemangkatan Perkahwinan
Tarikh | Pasangan
Cahaya mata
YTM Tunku Soraya binti Tengku Abdul Aziz 30 April 1960 Tiada 1985 Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah II YM Raja Nabil Imran
YM Raja Idris Shah
YM Raja Sarina Intan Bahiyah
YM Raja Safia Azizah
YM Raja Sifuddin Muadzam Shah
YTM Tunku Sarina 30 April 1960 31 Ogos 1991 198X YM Tunku Abdul Karim bin Tunku Ziauddin al-Haj Tiada
YTM Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz 22 Julai 1966 Tiada Tiada Tiada Tiada

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit Alor Setar pada jam 2.30 petang.[5]

Pengumuman kemangkatan dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, melalui sidang media khas dengan tujuh hari tempoh berkabung ditetapkan di Kedah manakala semua keraian, perayaan dan sambutan dibatalkan.[23]

Bendera Kedah di semua bangunan Persekutuan, negeri dan milik awam di negeri itu juga perlu dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula 11 September 2017.

Pemakaman[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan tepat jam 7 pagi 12 September 2017, sebagai pemakluman kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Jenazah Almarhum Sultan Kedah kemudian disemayamkan di Balai Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit bagi istiadat bersiram bermula jam 8.30 pagi, sebelum dikafan dan dijangka disembahyangkan. Solat jenazah diimamkan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang, dan disertai 22 pelajar Maahad Tahfiz Al Wustha dari Guar Chempedak.

Rakyat jelata mula memasuki Istana Diraja Anak Bukit untuk solat jenazah sebelum disusuli istiadat penghormatan terakhir mulai jam 11 pagi manakala sesi khas kenamaan serta delegasi asing bermula 12.30 tengah hari.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, turut hadir memberikan penghormatan terakhir apabila baginda tiba 12.40 pm di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit. Baginda diiringi oleh Tunku Bendahara Kedah, Tunku Tan Sri Abdul Hamid Thani.

Beberapa ahli kerabat diraja lain juga memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah, dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim; Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah; Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra; Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Haji Al-Muhtadee Billah. Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil; Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohamad Ali; Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin; Menteri Pertahanan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Kesihatan Datuk Seri Subramaniam Sathasivam. [24]

Jenazah Almarhum Sultan Kedah kemudian diarak menggunakan Pedati Diraja ke Makam Diraja Langgar dengan diiringi 89 das tembakan meriam yang ditetapkan mengikut umur baginda. Jenazah Almarhum diiringi dua kumpulan pengusung membabitkan ketiga-tiga ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).[23]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ibrahim Ismail (1987) Sejarah Kedah Sepintas Lalu m/s. 209 Penerbit UUM
  2. ^ Ibrahim Ismail (1987) Op Cit m/s. 214–218
  3. ^ Ahmad Syahir Kassim; Norlida Akmar Idros (2 Jun 2012). "Salasilah Kesultanan Kedah". Kosmoǃ Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2013. Dicapai 6 Jun 2013. 
  4. ^ Abdul Halim Taib (2009). 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Malaysia: Aht Minda Karya. m/s. 73. ISBN 978-983-44632 Check |isbn= value: length (bantuan). 
  5. ^ a b Zulqurnain Othman (12 September 2017). "Tuanku Abdul Halim mangkat". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai 12 September 2017. 
  6. ^ Tunku Abdul Rahman (1977) Looking Back m/s. 346 Pustaka Antara, Kuala Lumpur
  7. ^ Shariza Abdullah (16 Julai 2008). "Jubli Emas Sultan Kedah penuh istiadat". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai 12 September 2017.  Bernama Online (14 Julai 2008)
  8. ^ Bernama (15 Oktober 2011). "Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai 12 September 2017. 
  9. ^ "Sultan Kedah Dipilih Yang di-Pertuan Agong Baru Sekaligus Catat Sejarah Baru". mStar. 14 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai 12 September 2017. 
  10. ^ Bernama (20 Februari 2012). "Agong terima pengiktirafan Malaysia Book of Records". Berita Harian Online. Diarkibkan daripada asal pada 20 Februari 2012. Dicapai 20 Februari 2012. 
  11. ^ Bernama (15 Oktober 2011). "Kedah Sultan to be King again". theStar online. Diarkibkan daripada asal pada 16 Oktober 2011. Dicapai 16 Oktober 2011. 
  12. ^ "11 April cuti umum pertabalan Agong". Utusan Online. 25 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai 28 Februari 2012. 
  13. ^ "Che Puan Haminah dimasyhur Sultanah Kedah". Utusan Online. 9 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai 12 September 2017.  Bernama Online (10 Januari 2004)
  14. ^ (14 Julai 2008) Bernama Online
  15. ^ (July 6, 2008) Bernama Online
  16. ^ "Photographs of Tuanku Abdul Halim, Yang di-Pertuan Agong of Malaysia". Janus. Dicapai 2011-04-26. 
  17. ^ Photo of Sultan Abdul Halim and Sultanah Haminah
  18. ^ a b List of Malay rulers (as of January 2013) with details of orders
  19. ^ Badraie Diarkibkan 2 March 2004 di Wayback Machine.
  20. ^ Article (in Malay) evoking the awarding of decorations
  21. ^ Kedah11
  22. ^ Hajah Ariah Judah. Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman. Putrajaya, Malaysia: Jabatan Penerangan Malaysia. ISBN 978-983-54-0603-4. 
  23. ^ a b Petah Wazzan Iskandar (12 September 2017). "21 das tembakan makluman kemangkatan Sultan Kedah". BH Online. Dicapai 2017-09-12. 
  24. ^ "King Pays Last Respects To Late Kedah Sultan". malaysiandigest.com. 12 September 2017. Dicapai 2017-09-12. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Ismail Nasiruddin Shah
(Sultan Terengganu)
Yang di-Pertuan Agong
(Sultan Kedah)

1970–1975
Diikuti oleh:
Sultan Yahya Petra
(Sultan Kelantan)
Didahului oleh
Sultan Mizan Zainal Abidin
(Sultan Terengganu)
Yang di-Pertuan Agong
(Sultan Kedah)

2011 – 2016
Diikuti oleh:
Sultan Muhammad V
(Sultan Kelantan)
Didahului oleh
Sultan Badlishah
Sultan Kedah
1958 – 2017
Diikuti oleh:
Sultan Sallehuddin