Bangunan Pejabat Presiden (Kyiv)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bangunan Pejabat Presiden
Будинок Секретаріату Президента
Mukaan Bankova
Map
Maklumat umum
Gaya seni bina
Seni bina klasik dan Barok Ukraine
Alamat11 Jalan Bankova
Bandar/pekanKyiv
NegaraUkraine
Penyewa terkini
- Pejabat Presiden Ukraine
- RNBO
Pembinaan bermula1936
Disiapkan pada
1939
PemilikDaerah Ketenteraan Kyiv (1939-1941)
Komisariat Jeneral Kyiv (1941-1943)
Jawatankuasa Utama Parti Komunis Ukraine (1943-1991)
Kerajaan Ukraine (1991-kini)
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekSerhiy Grigoriev

Bangunan Pejabat Presiden (Bahasa Ukraine: Будинок Секретаріату Президента) ialah sebuah tugu seni bina Kyiv, ibu negara Ukraine. Bangunan ini ialah pejabat utama bagi Pejabat Presiden Ukraine dan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Ukraine.

Ia terletak di 11, Jalan Bankova dan pada mulanya ia sebuah pembinaan semula ibu pejabat bagi Daerah Ketenteraan Kyiv yang pernah dibina suatu ketika pada 1870-an mengikut rekaan Oleksandr Shile. Bangunan ini dianggap puncak kepada karya artistik seni bina dan dibina selepas semua jentera kerajaan Republik Sosial Soviet Ukraine dipindahkan ke Kyiv dari Kharkiv.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

bangunan ini dibina pada 1936-39 dengan rekaan arkitek Kharkiv, Serhiy Grigoriev bagi ibu pejabat kepada Daerah Ketenteraan Khas Kyiv. Pengarang rekaan ini mampu menggabungkan unsur gaya klasik dan Barok Ukraine.

Perkara pertama yang akan menarik perhatian pelawat ialah ketebalan dinding bangunan ini. Pakar menerangkan bawaha ia disebabkan sekatan untuk membina bangunan pentadbiran di Kesatuan Soviet pada 1930-an, yang memaksa kepada helah dengan membina binaan baharu pada asas yang sedia ada. Rekaan baharu ini menghasilkan binaan simetri dengan rekaan Shile pada 1870-an yang sebelumnya.

Bangunan baharu itu dianggap pembinaan semula dengan beberapa unsur baharu. Bahagian sayapnya diperluaskan, sementara di bahagian tengah membentuk bentuk istimewa — risalit yang besar dengan masukan tiang-tiang aturan Corinth. Pintu masuk hadapan bangunan diapit dengan empat sfera batu. Arkitek yang merancang reka bentuk ini melihat semua butiran bahawa bangunan besar ini walaupun terletak di jalan sempit, ia tidak menghimpit persekitaran malah boleh dilihat dengan baik dari segala penjuru: dari Jalan Instytutska dan Jalan Lutheranska, dari Dataran Franko yang berjiran dan Dataran Mykhailiv yang terletak jauh.

Di dalam kawasan lamannya ditempatkan dewan makan, bilik dobi, rumah pencetakan, pembersihan, dan lain-lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 50°26′40″N 30°31′44″E / 50.444555°N 30.528871°E / 50.444555; 30.528871

Templat:Pengurusan Hal Ehwal Negara (Ukraine)

Templat:Kepresidenan Ukraine