Banjir timur laut Brazil 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Banjir timur laut Brazil 2010
Tarikh22 Jun 2010 – 25 Jun 2010
TempohPertengahan Jun –Julai 2010
TempatAlagoas dan Pernambuco, Brazil
LokasiNordeste Sunting ini di Wikidata
KematianSekurang-kurangnya 51[1]
Harta benda rosak
Tidak diketahui

Banjir timur laut Brazil 2010 berlaku pada Jun 2010 akibat hujan lebat terutamanya di Alagoas, Pernambuco, Rio Largo, Branquinha, Uniao dos Palmares dan Santana do Mundau. Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan 79 jambatan di Pernambuco runtuh. Di Branquinha, 80 kilometer dari Alagoas, beberapa rumah di tepi tebing Sungai Mundau turut runtuh.

Seramai 51 orang mati, 1,000 hilang dan 120,000 meninggalkan rumah mereka.[2] Empangan pecah dan paras air sungai meningkat, menenggelam seluruh kota.[3] Bekalan elektrik dan telefon tergendala.[4] Mangsa banjir ditempatkan di sekolah dan gereja.[5]

Sungai Mundau menyebabkan kehilangan 500 orang hilang. Mayat mengelapung di sepanjang pantai dan sungai.[4] Lebih dari 40,000 rumah di Alagoas musnah dan merosakkan 22 buah bandar. Bangunan bank di Rio Largo di Alagoas musnah. Landasan dan stesen kereta api turut berlumpur. Mangsa banjir tidak dapat menonton perlawanan bola sepak negara itu yang sedang beraksi dengan Portugal. Kesudahannya Brazil-Portugal seri 0-0.[6]

Respons[sunting | sunting sumber]

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva membatalkan perjalanan ke Kanada untuk menghadiri Sidang puncak ekonomi G20. Menteri Ekonomi Guido Mantega dihantar sebagai wakil.[1]

Pasukan bola sepak Brazil di Afrika Selatan yang menyertai Piala Dunia FIFA 2010 turut berasa cemas. Bandar Branquinha mungkin dipindahkan ke lokasi baru yang tidak mudah banjir.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Relief reaches Brazil flood victims". The Sydney Morning Herald. 26 Jun 2010. Dicapai pada 26 Jun 2010.
  2. ^ BBC News (23 Jun 2010). "Floods in north-east Brazil kill dozens of people". British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 24 Jun 2010.
  3. ^ "Rescuers rush aid to Brazil flood towns; 44 dead". Reuters. 23 Jun 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.
  4. ^ a b "Dozens killed in Brazil floods". Aljazeera.
  5. ^ "Hundreds missing in Brazil floods". Aljazeera. 24 Jun 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.
  6. ^ Relief supplies reach Brazil flood victims AFP
  7. ^ "Cidade deve mudar de lugar após chuva". O Dia. 24 Jun 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010. (Portugis)