Baray

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Baray ialah kolam besar berbentuk segi empat tepat yang banyak dibina di zaman Empayar Khmer, yang terbesar dibina berdekatan dengan Angkor Wat. Ia berkeupayaan menampung 30 juta meter padu air, dilengkapi dengan alatan untuk mengalirkan air ke saliran-saliran berhampiran dalam skala yang besar sekiranya diperlukan, kolam inivsangat berguna kepada kerajaan Angkor kerana ia mampu menampung jumlah air yang banyak pada musim tengkujuh (hujan) dan apabila tiba musim kemarau, takungan air yang disimpan akan digunakan untuk mengairi kawasan pertanian kerana kegiatan pertanian merupakan punca utama kepada perkembangan ekonomi kerajaan Angkor. Ada juga ahli sejarah yang percaya baray ini dibina untuk tujuan rohaniah.