Pergi ke kandungan

Barisan Sosialis (Singapura, 2010)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Socialist Front
PemimpinChia Ti Lik
PengerusiNg Teck Siong
Ditubuhkan2010 (2010)
Ibu pejabat24 Peck Seah St, #05-09-11, Nehsons Bldg, Singapura 079314
IdeologiSosialisme demokratik
WarnaMerah, putih
0 / 87
Politik Singapura
Parti politik
Pilihan raya

The Socialist Front ialah sebuah parti politik di Singapura. Parti ini ditubuhkan pada tahun 2010 oleh beberapa bekas anggota Parti Reform dan Parti Pekerja Singapura. Matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan sebuah negara sosialis sekiranya parti ini memerintah. Parti Socialist Front tidak ada hubungan atau kaitan dengan parti Barisan Sosialis yang wujud dari tahun 1961 hingga 1988.

Penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Parti Socialist Front ditubuhkan pada 2010 oleh Chia Ti Lik, seorang peguam yang telah bertanding dalam pilihan raya umum 2006 sebagai calon Parti Pekerja dan juga Ng Teck Siong, seorang ahli pembangkang veteran yang meletak jawatan dari Parti Reform. Chia dipilih sebagai Setiausaha Agung manakala Ng mengambil peranan sebagai pengerusi. Dalam satu sidang akhbar yang berlangsung pada 29 Oktober 2010, parti itu telah memperkenalkan lambangnya: bintang merah bucu lima yang melambangkan demokrasi, kesaksamaan, keamanan, kemajuan dan keadilan. Lambang ini mendukung matlamat parti untuk mencapai cita-citanya melalui kesatuan nasional. [1]

Ideologi dan objektif

[sunting | sunting sumber]

Parti ini telah membentangkan ideologinya semasa sebuah sidang akhbar pada 29 Oktober 2010. Menurut Setiausaha Agung Chia, parti ini mempunyai beberapa matlamat:"About Us". socialistfront.org. Dicapai pada 16 Disember 2010.</ref>

  • Mempertahankan hak asasi rakyat Singapura;
  • Bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan tujuan untuk mendirikan sebuah pemerintah sosialis untuk manfaat rakyat Singapura;
  • Menggalak rakyat Singapura untuk menjadi lebih terlibat dalam hal ehwal politik negara;
  • Menjadikan Singapura tempat tinggal untuk semua rakyat Singapura berdasarkan model Sosialisme
  • Berusaha jiwa dan raga untuk mencapai matlamat-matlamat yang tertera di atas.

Objektif parti ini diambil daripada ideologi sosialisme. Antara kepercayaannya termasuk memikirkan dan mereka dasar-dasar ekonomi dan politik untuk kebaikan rakyat biasa berdasarkan prinsip, "Daripada setiap orang menurut kebolehannya, dan untuk setiap orang keperluannya" (From each according to his ability, to each according to his needs). Akhir sekali, peluang sama rata bagi semua warga Singapura supaya mereka dapat memaksimumkan potensi mereka. .[2]

Parti Socialist Front diterajui oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dilantik oleh para anggota kader parti. Jawatankuasa ini terdiri daripada:[1]

  • Ng Teck Siong, Pengerusi
  • Chia Ti Lik, Setiausaha Agung
  • Mansor Rahman, Bendahari
  • Ng Pian Ying, Ahli
  • Ng Soin Liang, Ahli
  • Lim Mie, Ahli

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Umum 2011

[sunting | sunting sumber]

Parti Socialist Front telah bercadang untuk bertanding dalam pilihanraya umum pada 7 Mei 2011. Pengerusi Ng Teck Siong mengatakan partinya akan bertanding di beberapa Kawasan Undi Perseorangan (SMC) walaupun beliau tidak memberitahu di mana kawasannya. [1]

Setelah sempadan kawasan undi diumumkan, Ng mengatakan yang parti itu mungkin bertanding di Mountbatten SMC. Namun akhirnya, Setiausaha Agung Chia mengumumkan yang parti itu tidak akan bertanding pada pilihan raya ini supaya mereka tidak bertembung dengan parti pembangkang yang lain. Walaupun begitu, Ng masih berhasrat untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya ini dengan bertanding di bawah parti Perikatan Demokratik Singapura di Kawasan Undi GRC Tanjong Pagar. Namun disebakan lambat menghantar borang semasa Hari Pencalonan, pasukan SDA tidak dibenarkan untuk bertanding. Oleh itu, GRC Tanjong Pagar menjadi satu-satunya kawasan undi yang tidak perlu dipertandingkan dalam pilihan raya ini.

Bendahari Mansor Rahman pula meletak jawatan dari parti Socialist Front dan menyertai Parti Reform supaya dapat bertanding di GRC Ang Mo Kio. Namun, dia tidak menang. Selepas pilihan raya ini, parti Socialist Front tidak lagi aktif.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c "Latest political party Socialist Front reveals vision to media". channelnewsasia.com. Dicapai pada 16 Disember 2010.
  2. ^ "The Socialism Ideology". socialistfront.org. Dicapai pada 16 Disember 2010.