Baron Waqa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Baron Waqa
Baron Waqa.jpg
Presiden Nauru ke-14
Memegang jawatan
11 Jun 2013
TimbalanDavid Adeang
Didahului olehSprent Dabwido
Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
22 Jun 2004 – 17 Disember 2007
PresidenLudwig Scotty
Didahului olehMarcus Stephen
Digantikan olehRoland Kun
Dalam jawatan
29 Mei 2003 – 8 Ogos 2003
PresidenLudwig Scotty
Didahului olehRemy Namaduk
Digantikan olehMarcus Stephen
Ahli Parlimen Nauru
untuk Boe
Memegang jawatan
3 Mei 2003
Didahului olehRoss Cain
Butiran peribadi
Lahir (1959-12-31) 31 Disember 1959 (umur 59)
Boe, Nauru
Parti politikBebas
PasanganLouisa Waqa

Baron Divavesi Waqa (/bæˈrɒn dɪvəvˈs wɑːˈkɑː/; lahir 31 Disember 1959) ialah ahli politik Nauru yang telah menjadi Presiden Nauru ke-14 sejak 11 Jun 2013. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan Dewasa dari tahun 2004 hingga tahun 2007.

Peranan politik[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik dalam pilihan raya Mei 2003 ke Parlimen Nauru, mewakili kawasan pilihan raya Boe. Di bawah pemerintahan Presiden Ludwig Scotty, beliau berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri dan Pendidikan. Walau bagaimanapun, beliau perlu meninggalkan jawatan itu apabila penukaran Scotty oleh René Harris. Beliau menjaga kerusinya di Parlimen.

Pada 23 April 2004, Waqa dan rakan sekerjanya Kieren Keke, David Adeang dan Fabian Ribauw mengikuti bantahan Lapangan Terbang Antarabangsa Nauru di Yaren; bantahan ini bertujuan untuk menunjukkan rasa tidak senang hati mereka terhadap dasar kerajaan menentang pencari suaka Afghanistan di Australia dan Flotilla of Hope, termasuk menentang kebuntuan yang kemudian mereka hadapi di Parlimen. Keempat-empat mereka dihadapkan penjara 14 tahun disebabkan oleh penyertaan mereka dalam bantahan tersebut; tuduhan mereka digugurkan hanya apabila Scotty dipilih semula pada bulan Jun. Scotty sekali lagi melantik Waqa menjadi Menteri Pendidikan.[1]

Waqa kekal taat kepada pentadbiran Scotty ketika krisis menteri yang berlaku pada tahun 2007. Akibatnya, Waqa tidak dijemput untuk berkhidmat pada pentadbiran seterusnya oleh Presiden Marcus Stephen yang kemudian ambil alih.

Waqa telah dilantik presiden pada bulan Jun, mengalahkan bekas Menteri Kewangan dan calon pembangkang Roland Kun dengan undian 13 daripada 5. Beliau telah dipilih oleh puak kerajaan setelah Presiden Dabwido mengundurkan diri untuk membenarkan pemilihan Waqa supaya ahli-ahli kerajaan boleh kekal berkuasa.[2][3]

Pada bulan Januari 2014, beliau bertahan undi tidak percaya menentang tindakan beliau mengusir majistret penduduk Australia Peter Law dan pembatalan visa Hakim Besar Geoffrey Eames, juga warganegara Australia.[4] Kerajaan juga cuba merangka undang-undang pemerintahan darurat dengan bantuan peguam-peguam Fiji.[5] Ia berikutan pemecatan peguam parlimen Katy Le Roy dan kemudiannya peletakan jawatan Peguam Cara Negara Steven Bliim, kedua-dua mereka warga Australia. Menteri Dalam Negeri Charmaine Scotty berkata hal ini merupakan tanda-tanda "sistem kronisme" dioperasikan oleh ekspatriat Australia yang beliau katakan berpakat dengan pembangkang.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Baron Waqa berkahwin dengan Louisa Waqa. Mereka mengambil seorang anak angkat bersama, bernama Barron Stephenson.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New president for Nauru". Dicapai 24 April 2016. 
  2. ^ "Baron Waqa named as new Nauru president". Dicapai 24 April 2016. 
  3. ^ "Waqa elected Nauru president". Radio New Zealand. 11 June 2013. Dicapai 24 April 2016. 
  4. ^ "No confidence motion in Nauru fails". Radio New Zealand. 28 January 2014. Dicapai 24 April 2016. 
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 2014-02-22. Dicapai 2014-01-30. 
  6. ^ "Aussies out!". The Economist. Dicapai 24 April 2016. 
  7. ^ "Fiji President Ratu Epeli Nailatikau to make state visit to Nauru". The Government of the Republic of Nauru. 13 Februari 2014. Dicapai 21 April 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Baron Waqa di Wikimedia Commons

Jawatan politik
Didahului oleh
Sprent Dabwido
Presiden Nauru
2013 – kini
Pemegang jawatan kini