Pergi ke kandungan

Baru cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Baru cina
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Asterales
Keluarga: Asteraceae
Subkeluarga: Asteroideae
Genus: Artemisia
Spesies:
A. vulgaris
Nama binomial
Artemisia vulgaris
L. 1753 not C.B. Clarke 1882 nor Mattf. 1926
Sinonim[1]
Sinoniman
  • Absinthium spicatum (Wulfen ex Jacq.) Baumg.
  • Artemisia affinis Hassk.
  • Artemisia apetala hort.pest. ex Steud.
  • Artemisia cannabifolia H.Lév.
  • Artemisia coarctata Forselles
  • Artemisia discolor Douglas ex DC.
  • Artemisia eriophora Ledeb.
  • Artemisia flodmanii Rydb.
  • Artemisia glabrata DC.
  • Artemisia heribaudii (Sennen) Sennen
  • Artemisia heyneana Wall.
  • Artemisia hispanica Stechm. ex Besser
  • Artemisia javanica Pamp.
  • Artemisia leptophylla D.Don
  • Artemisia leptostachya D.Don
  • Artemisia leucophylla (Ledeb.) Turcz. ex Pavlov 1929 not C.B. Clarke 1876
  • Artemisia longiflora Pamp.
  • Artemisia ludoviciana Besser 1834 not Nutt. 1818
  • Artemisia michauxii Besser
  • Artemisia officinalis Gaterau
  • Artemisia opulenta Pamp.
  • Artemisia paniculiformis DC.
  • Artemisia parviflora Wight
  • Artemisia rubriflora Turcz. ex Besser
  • Artemisia ruderalis Salisb.
  • Artemisia samamisica Besser
  • Artemisia selengensis Turcz. ex Besser
  • Artemisia superba Pamp
  • Artemisia tongtchouanensis H.Lév.
  • Artemisia violacea Desf.
  • Artemisia virens Moench
  • Artemisia vulgaris Burm.f. 1768 not L. 1753
  • Artemisia wallichiana Besser

Baru cina (Jawi: بارو چينا), daun manis, daun sundamala, daun hian atau hia (Artemisia vulgaris)[2][3] ialah sejenis tumbuhan herba yang dimakan sebagai ulam. Ia banyak tumbuh di kawasan yang bertanah lembab, kaya dengan humus dan bahan organik sama ada menjadi tanaman atau tumbuh liar di kampung-kampung. Cara makannya ialah dengan mengambil pucuk muda dan dicelur untuk dibuat makan bersama dengan pencecah seperti budu, cencaluk, sambal belacan dan lain-lain. Rasanya lemak-lemak pahit dan pedas.

Ciri botani

[sunting | sunting sumber]
Lukisan botani pokok baru Cina.

Renek saiz sederhana tumbuh setinggi 45-60 cm. Batang separa berkayu, banyak cabang, batang muda berwarna hijau dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, sederhana besarm tepi daun lekuk-lekuk dalam sehingga kelihatan seperti daun majmuk, tangkai daun pendek, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar hijau tua setelah tua. Bunga majmuk, kecil, warna kuning muda, jambak bunga keluar dari hujung daun. Buah kecil, bulat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke warna perang setelah masak. Di dalam buah terdapat biji-biji beih kecil.

Daun pokok baru Cina mengandungi pelbagai khasiat untuk wanita.

Mengandungi air, karbohidrat, mineral, serat, vitamin, ceneole, adenine, choline, vitamin, tanin, 1-quebrachitol, fernenol, beta-caryophyllene, minyak pahit artemesin dan minyak terbang.

Ia boleh merawat sengugut, melancarkan perjalanan darah, penyakit keputihan, muntah darah, migrain dan mulut berbau. Ia juga boleh dimakan bagi menghilangka rasa sejuk dan untuk awet muda. Ibu-ibu mengandung suka makan bagi mencegah keguguran kandungan dan memudahkan proses melahirkan anak.[perlu rujukan]

  1. ^ The Plant List, Artemisia vulgaris L.
  2. ^ Rujukan:
    • Wilkinson, Richard James (1932). "baru". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 87 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
    • Wilkinson, Richard James (1932). "hian". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 405 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ "hia". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]