Basilosaurus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Basilosaurus adalah salah satu ikan paus terawal yang telah pupus. Basilosaurus mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi, dan mempunyai badan sepanjang 25 meter panjang.

Tinggalan fosil menunjukkan Basilosaurus mungkin berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi ikan paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.