Batang Gembira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batang Gembira
Fail:Novel Batang Gembira.jpg
Kulit novel keluaran pertama
Umum
PengarangDanial Aedy
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Siri1
GenreFiksyen sains
Penerbitan
Pelukis kulitMegat Adishah
PenerbitLejen Press
Tarikh penerbitan
30 September 2014
Jenis media
Bercetak (Kulit depan separa keras - paperback)
Halaman297
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670591216
899.2333

Batang Gembira merupakan sebuah novel hasil nukilan Danial Eedy, diterbitkan buat pertama kali di Malaysia pada Jun 2014. Batang Gembira menceritakan perjalanan seorang remaja bernama Zack yang bakal ditimpa realiti sebenar revolusi teknologi Redwall Corps, tentang dirinya dan jangkauan batas evolusi di antara realiti dan fantasi.

Danial Eedy menulis novel ini kerana rasa ketidakpuasan hati terhadap penamat jalan cerita daripada mana-mana anime atau manga. Dia menjadi pengalaman tersebut dan inspirasi Tetsuya Nomura, seorang pengarah permainan video Jepun dan pereka watak kepada syarikat Square Enix; sebagai pencetus idea kepada penulisan novel ini.[1]

Terbitan pertama pada Jun 2014, mendapat sambutan ramai setelah menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menyiapkan novel ini. Beliau bermula menulis secara serius semasa beliau di universiti kerana ada masa terluang. Sambungan novel Batang Gembira bakal dikeluarkan pada tahun 2015.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Batang Gembira mengisahkan mengenai seorang remaja bernama Zack yang sebelumnya hidup dalam komuniti manusia biasa sebelum didedahkan dengan kehidupan yang cukup menakjubkan di Bandar Reaktor Scarlet Heights. Sementara itu di bumi, manusia tidak lagi bergantung kepada sumber fosil untuk menjana tenaga sebaliknya Redwall Corps. telah menemukan sumber baharu sekali gus menjadikan ia sebagai satu-satunya organisasi yang mampu membekalkan tenaga. Namun, realiti di sebalik revolusi teknologi dunia tersebut munculnya beberapa individu yang berkuasa luar biasa iaitu Esper yang bekerja di balik tabir. Bagaimanapun, tidak semua pihak bersetuju dengan usaha Redwall Corps. sehingga menyebabkan serangan mengejut di Bandar Reaktor oleh Vector Hollow sekali gus membunuh Esper. Kini bumi hanya bergantung nasib terhadap Zack.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kisah adaptasi anime Jepun". Kosmo Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-23. Dicapai pada 2018-01-22.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]