Battle Royale (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Battle Royale
Poster tayangan pawagam filem Battle Royale
Poster tayangan pawagam
PengarahKinji Fukasaku
Lakon layarKenta Fukasaku
BerdasarkanBattle Royale oleh
Koushun Takami
Dihasilkan olehMasao Sato
Masumi Okada
Teruo Kamaya
Tetsu Kayama
DibintangiTatsuya Fujiwara
Aki Maeda
Taro Yamamoto
Masanobu Ando
Kou Shibasaki
Chiaki Kuriyama
Takeshi Kitano
SinematografiKatsumi Yanagishima
Disunting olehHirohide Abe
Muzik olehMasamichi Amano
Syarikat
penerbitan
AM Associates
Kobi
Nippon Shuppan Hanbai
MF Pictures
WOWOW
Gaga Communications
Diedarkan olehToei Company
Tarikh tayangan
(2000-12-16) 16 Disember 2000 (umur 23)
Masa tayangan
113 minit[1] (Original release)
121 minutes[2] (Extended cut)
NegaraJepun
BahasaJepun
BajetUS$4.5 juta
Pecah panggungJP¥3.11 bilion (US$25,000,000+) (Japan)

Filem Battle Royale (bahasa Melayu harafiah Pertempuran Diraja ) merupakan sebuah filem aksi seram ngeri berbahasa Jepun yang diarahkan oleh Kinji Fukasaku,dibintangi oleh Takeshi Kitano dan berdasarkan novel 1999 dengan tajuk yang sama oleh Koshun Takami.Filem ini merupakan filem terakhir arahan Kinji.Filem ini mengisahkan mengenai Shuya Nanahara, seorang pelajar berumur 15 tahun yang telah dipaksa oleh pihak kerajaan untuk menyertai sebuah rancangan televisen dimana semua peserta harus berbunuh-bunuhan sehinggalah hanya seorang yang masih hidup. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 16 Disember 2000.

Filem ini merupakan antara filem Jepun dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dan telah ditayangkan di 22 buah negara.Filem ini mendapat kritikan positif dan dianggap sebagai antara filem Jepun yang paling dikenali di seluruh dunia, selain antara karya terbaik arahan Kinji.Filem ini juga mencipta kontroversi kerana jalan ceritanya dan telah diharamkan di beberapa buah negara. [3]Sekuel bagi filem ini, Battle Royale II: Requiem telah ditayangkan kepada umum pada 5 Julai 2003.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Tatsuya Fujiwara sebagai Shuya Nanahara
  • Aki Maeda sebagai Noriko Nakagawa
  • Taro Yamamoto sebagai Shogo Kawada
  • Masanobu Ando sebagai Kazuo Kiriyama
  • Kou Shibasaki sebagai Mitsuko Souma
  • Takashi Tsukamoto sebagai Shinji Mimura
  • Sosuke Takaoka sebagai Hiroki Sugimura
  • Chiaki Kuriyama sebagai Takako Chigusa
  • Eri Ishikawa sebagai Yukie Utsumi
  • Takeshi Kitano sebagai Kitano
  • Yukihiro Kotani sebagai Yoshitoki Kuninobu
  • Sayaka Ikeda sebagai Megumi Eto
  • Takayo Mimura sebagai Kayoko Kotohiki
  • Minami Hinase sebagai Keiko Onuki

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Di masa akan datang, kerajaan Jepun menahan satu kelas pelajar gred sembilan dan memaksa mereka saling bunuh-bunuhan di bawah akta revolusi "Battle Royale".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BATTLE ROYALE (18)". British Board of Film Classification. 2001-07-09. Dicapai pada 2013-02-03.
  2. ^ "BATTLE ROYALE – SPECIAL EDITION (18)". British Board of Film Classification. 2010-08-31. Dicapai pada 2013-02-03.
  3. ^ Ito, Robert (6 Julai 2006). "Lesson Plan: Kill or Be Killed". New York Times. Dicapai pada 2015-11-21. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]