Batu Bersurat Talang Tuwo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Batu Bersurat Talang Tuwo

Batu Bersurat Talang Tuwo merupakan sebuah batu bersurat yang dijumpai oleh Louis Constant Westenenk yang merupakan Residen Palembang pada 17 November 1920 di kaki Bukit Siguntang, Palembang, Indonesia. Keadaan fizikal batu bersurat ini adalah baik. Saiz batu bersurat ini adalah 67×97×21 cm. Batu bersurat ini kini berada di Muzium Nasional Indonesia dengan nombor inventori D. 145.[1]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Secara ringkasnya, batu bersurat ini menceritakan tentang perasmian Taman Śrī Ksetra yang dianugerahkan oleh pemerintah Srivijaya iaitu Dapunta Hiyang Sri Jayanasa untuk kebaikan semua makhluk. Batu bersurat ini bertarikh 2 haribulan Caitra tahun 606 Śaka bersamaan 23 haribulan Mac tahun 684 Masihi dan ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno bertulisan Pallava.[2]

Transliterasi dari Aksara Pallava[sunting | sunting sumber]

Baris Bacaan George Cœdès[2]
1 svasti śrī śakavarṣātīta 606 diṃ dvitīya śuklapakṣa vulan caitra sāna tatkālāña parlak śrī kṣetra ini niparvuat
2 parvāṇ ḍapunta hiyaṃ śrī jayanāśa ini praṇidhānāṇ ḍapunta hiyaṃ savañakña yaṃ nitanaṃ di sini ñiyur pinaṃ hanāu ru-
3 mviya dṅan samiśrāña yaṃ kāyu nimākan vuaḥña tathāpi hāur vuluḥ pattuṃ ityevamādi punarapi yaṃ parlak vukan
4 dṅan tavad talāga savañakña yaṃ vuatku sucarita parāvis prayojanākan puṇyāña sarvvasatva savarācara varo pāyāña tmu
5 sukha di āsannakāla di antara mārgga lai tmu muaḥ ya āhāra dṅan āir niminuṃña savañakña vuatña huma parlak mañcak mu-
6 aḥ ya maṃhidupi paśu prakāra marhulun tuvi vṛddhi muaḥ ya jāṅan ya niknāi savañakña yaṃ upasargga pīḍannu svapnavighna varaṃ vua-
7 tāña kathamapi anukūla yaṃ graha nakṣatra parāvis diya nirvyādhi ajara kavuatanāña tathāpi savañakña yaṃ bhṛtyāña
8 satyārjjava dṛḍhabhakti muaḥ ya dya yaṃ mitrāña tuvi jāṅan ya kapaṭa yaṃ viniña mulaṃ anukūla bhāryyā muaḥ ya varaṃ sthā
9 nāña lāgi cūri ucca vadhaña paradāra di sāna punarapi tmu ya kalyāṇamitra marvvaṅun vodhicitta dṅan maitri-
10 dhāri di daṃ hyaṃ ratnatraya jāṅan marsārak dṅan daṃ hyaṃ ratnatraya tathāpi nityakāla tyāga marśila kṣānti marvvaṅun vīryya rājin
11 tāhu di samiśraña śilpakalā parāvis samāhitacinta tmu ya prajñā smṛti medhāvi punarapi dhaiṛyyamānī mahāsattva
12 vajraśarīra anupamaśakti jaya tathāpi jātismara avikalendriya mañcak rūpa subhaga hāsin halap āde
13 yavākya vrahmasvara jādi lāki svayaṃbhu punarapi tmu ya cintāmaṇi nidhāna tmu janmavaśitā karmmavaśita kleśavaśitā
14 avasāna tmu ya anuttarā bhi samyaksaṃvodhi

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan terjemahan batu bersurat ini oleh Slamet Muljana:[3]

Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang Caitra, itulah waktunya taman Sri Ksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanasa. Ini pesan Dapunta Hyang: Semua yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan sebat telaga; semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya-upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapat makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun, barang usahanya hendaklah berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit dibuat awet muda. Dan lagi, hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau, janganlah mereka itu mendurhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai istri pada beliau. Dimanapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodichita dengan maitra, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan senantiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuletan, pengetahuan tentang perbedaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa umpama, kemenangan dan ingatan pada kelahiran yang telah lampau, indra lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi laki-laki karena kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamanididhara, memperolah janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambhodi.

Kosa Kata Bahasa Melayu Kuno[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan kosa kata Bahasa Melayu kuno yang tertulis di batu bersurat ini:

Bahasa Melayu Kuno IPA Bahasa Melayu Moden IPA
vulan [ʋulən] bulan [bulan]
tatkālāña [tətkaːlaːɲə] tatkalanya [tatkalaɲa]
niparvuat [nipərʋuət] diperbuat [dipərbuat]
savañakña [səʋəɲəkɲə] sebanyaknya [səbaɲaʔɲa]
nitanaṃ [nitanə̃] ditanam [ditanam]
ñiyur [ɲijur] nyiur (kelapa) [ɲiur]
pinaṃ [pinə̃] pinang [pinaŋ]
hanāu [hənaːu] enau [ənau]
rumviya [rumʋija] rumbia [rumbia]
dṅan [dŋən] dengan [dəŋan]
nimākan [nimaːkən] dimakan [dimakan]
vuaḥña [ʋuəhɲə] buahnya [buahɲa]
hāur [haːur] aur [aur]
vuluḥ [ʋuluh] buluh [buluh]
pattuṃ [pəttũ] betung [bətuŋ]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Bambang Budi Utomo, Mulyawan Karim, Ekowati Sundari. Treasures of Sumatera. 2009. Direktorat Jenderal Kebudayaan.
  2. 2.0 2.1 Cœdès Georges. Les inscriptions malaises de Çrīvijaya. In: Bulletin de l'Ecole française d'Extrême-Orient. Tome 30, 1930. pp. 29-80.
  3. Slamet Muljana. Sriwijaya. 2006. PT LKiS Pelangi Aksara.