Tulisan Pallava

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Contoh Tulisan Pallava
Fail:Carta Pallava.jpg
Carta Tulisan Pallava

Tulisan Pallava ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata (abugida) yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Selatan India. Tulisan ini juga dikenali sebagai Vatteluttu atau "tulisan bulat".

Di Asia Selatan[sunting | sunting sumber]

Satu contoh tulisan Vatteluttu oleh Rajaraja Chola I di candi Brihadisvara di Thanjavur.

Tulisan ini digunakan untuk menulis sesetengah bahasa Dravidia di India Selatan dan Sri Lanka. Tulisan ini juga satu tulisan kuno yang digunakan untuk menulis Bahasa Tamil selepas menggantikan tulisan Tamil-Brahmi berdasarkan sistem tulisan brahmi. Bentuk tulisan bulat ini juga digunakan di Kerala untuk menulis Bahasa Tamil dan juga proto-Malayalam dan Malayalam.

Rekod ukiran dalam Bahasa Tamil adalah antara 300 SM hingga 1800 dan telah melalui beberapa perubahan.[1] Tamil Grantha merupakan satu huruf yang huruf tambahan dicipta untuk perkataan Bahasa Sanskrit. Ini juga satu bentuk diubahsuai tulisan Tamil untuk menulis grantha Sanskrit, atau buku-buku. Dalam Tamil banyak huruf yang terdapat dalam Sanskrit terhilang.

Di Kepulauan Melayu[sunting | sunting sumber]

Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit.

Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis.

Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit.

Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.

Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit. Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Yupa tersebut berasal dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.

Tulisan Pallava dibahagikan kepada dua iaitu :-

  1. Tulisan Palava awal
  2. Tulisan Palava akhir

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Agesthialingom, S. & S.V. Shanmugam (1970). The Language of Tamil Inscriptions. Annamalainagar, India: Annamalai University.