Batuan Liancourt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Batu Liancourt)
Lompat ke: pandu arah, cari
Batu Liancourt
Pulau dipertikaikan
Nama-nama lain: Dokdo, Takeshima
Location-of-Liancourt-rocks-en.png
Kedudukan Batu Liancourt di Laut Jepun (Laut Timur) yang berada di antara Korea Selatan dan Jepun.
Geografi
Liancourt Rocks Map.svg
Lokasi Laut Jepun (Laut Timur)
Koordinat 37°14′30″U 131°52′0″T / 37.24167°U 131.866667°T / 37.24167; 131.866667Koordinat: 37°14′30″U 131°52′0″T / 37.24167°U 131.866667°T / 37.24167; 131.866667
Jumlah pulau 90 (37 daratan kekal)
Pulau utama Islet Timur, Islet Barat
Luas 0.18745 kilometer persegi (46.32 ekar)
Islet Timur: 0.0733 kilometer persegi (18.1 ekar)
Islet Barat: 0.08864 kilometer persegi (21.90 ekar)
Tempat tertinggi Lokasi tidak bernama di Islet Barat
169 meter (554 ka)
Ditadbir oleh
 Korea Selatan
Daerah Ulleung, Gyeongsang Utara
Dituntut oleh
 Jepun
Bandar Okinoshima, Shimane
 Korea Selatan
Daerah Ulleung, Gyeongsang Utara
Demografi
Populasi 2 + 43 kakitangan sokongan (bergilir)
Kumpulan etnik Korea

Batu Liancourt (Bahasa Inggeris: Liancourt Rocks, Bahasa Korea: 독도, Hanja: 獨島 (Dokdo), Bahasa Jepun: 竹島 (Takeshima)) ialah sekumpulan pulau kecil di Laut Jepun di 37°14′30″N, 131°52′″E. Kepulauan ini terletak di bawah pentadbiran Korea Selatan sejak Perang Dunia II, tetapi juga dituntut oleh Jepun[1].

Kepulauan ini dikenali sebagai Dokdo (atau Tokto) (독도/獨島, secara harfiah pulau bersendirian) dalam bahasa Korea dan sebagai Takeshima (竹島?) (secara harfiah Pulau buluh) dalam bahasa Jepun. Nama lainnya Batu Liancourt diperolehi dari Le Liancourt, nama kapal pemburuan paus Perancis yang anak kapalnya merupakan orang Eropah pertama menemui dan mencartakan pulau-pulau kecil itu pada 1849.

Batuan Liancourt terdiri daripada dua buah pulau kecil dan 35 batuan kecil , dengan luas permukaan keseluruhan sebanyak 0.18745 kilometer persegi(46.32 ekar), dengan ketinggian puncak tertinggi iaitu 169 meter (554 kaki) dari aras laut, dimana tidak dinyatakan secara spesifik koordinatnya, yang terletak di timur batuan tersebut.

Batuan Liancourt terletak di kawasan menangkap ikan yang banyak dan dikatakan mungkin mempunyai banyak simpanan petroleum.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Batuan Liancourt terdiri daripada dua buah pulau kecil and banyak batuan sekelilingnya. Dua buah pulau kecil utama tersebut ialah Seodo (Pulau Barat) dan Dongdo ( Pulau Timur) dalam bahasa Korea. Manakala didalam bahasa Jepun, ia digelar sebagai Otokojima(Pulau Jantan) dan Onnajima(Pulau Betina). Pulau Timur atau Pulau Jantan adalah yang paling besar dengan tapak luas dan puncak tinggi sementara Pulau Barat atau Pulau Betina mempunyai tapak boleh guna.

Dengan kesemua 90 batuan kecil ,batu karang, dan batuan volkano yang terbentuk semasa era Cenozoic, spesifiknya 4.6 ke 2.0 juta tahun dahulu, hanya 37 batuan kecil diiktiraf sebagai tanah kekal.

Luas permukaan keseluruhannya 187,450 meter persegi (46.32 ekar), dengan puncak tertinggi pada 169 meter (554 ka) di Pulau Kecil Timur.Pulau Kecil Barat berkeluasan 88,640 meter persegi (21.90 ekar); Pulau Kecil Timur 73,300 meter persegi (18.1 ekar).

Pulau Kecil Timur mengandungi sebuah puncak dan ciri ciri gua di sepanjang pantainya. Tebing bagi Pulau Kecil Barat dalam 10 hingga 20 meter (33 hingga 66 ka) ketinggiannya. Selain itu, terdapat dua buah gua besar yang memberi akses kepada jalan laut dan juga sebuah kawah.

Pada tahun 2006, seorang ahli geologi melaporkan bahawa pulau ini terbentuk 4.5 juta tahun dahulu dan semakin terhakis.[2]

Jarak[sunting | sunting sumber]

Batuan Liancourt terletak dalam kira kira 131°52′ longitud timur dan 37°14′ latitud utara. [3] Pulau Kecil Barat berkoordinat 37°14′31″U 131°51′55″T / 37.24194°U 131.86528°T / 37.24194; 131.86528 (West Islet) dan Pulau Kecil Timur berkoordinat 37°14′27″U 131°52′10″T / 37.24083°U 131.86944°T / 37.24083; 131.86944 (East Islet).

Batuan Liancourt berada dalam 216.8 kilometer (117.1 nmi) dari tanah besar semenanjung Korea dan 211 kilometer (114 nmi) daripa tanah besar Pulau Honshu, Jepun

Pulau yang terdekat dengan Batuan Liancourt dari sebelah semenanjung Korea ialah Ulleung-do pada kira kira 87.4 kilometer (47.2 nmi),[4][5] manakala pulau yang terdekat dari sebelah Jepun ialah Pulau Oki, kira kira 157 kilometer (85 nmi).

Iklim[sunting | sunting sumber]

Disebabkan lokasi dan saiznya yang terlalu kecil, Batuan Liancourt mempunyai cuaca yang tidak menentu. Pada musim sejuk, kapal kapal gagal berlabuh kerana tiupan angin yang sangat kuat dari arah barat laut. Secara puratanya, iklim disini dikategorikan sebagai lembap panas kerana faktor suhu laut sekeliling yang panas. Kadar hujan sangat tinggi sepanjang tahun dengan kadangkala salji. Kabus merupakan pandangan biasa. Pada musim panas, terdapat tiupan angin utara. Suhu air disekeliling pulau tersebut kira kira 10 °C (50 °F) pada musim bunga, dimana itu ialah suhu tersejuk disitu. Ia kembali panas pada suhu25 °C (77 °F) pada bulan Ogos.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jepun tidak mempedulikan pandangan antarabangsa Malaysia Today, 6 Mei 2005.
  2. "독도, 일본보다 빠른 속도로 침몰하고 있다", The Korea Times, 2006/12/01. 손영관교수 `독도ㆍ울릉도 `침몰하고 있다``, JoongAng Ilbo, 2006/12/01.
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cyb tidak disediakan
  4. BAEK In-ki, SHIM Mun-bo, Korea Maritime Institute. A study of Distance between Ulleungdo and Dokdo and Ocean Currents (울릉도와 독도의 거리와 해류에 관한 연구) Dec 2006,. ISBN 978-89-7998-340-1. http://library.kmi.re.kr/w03_01e.asp?gs_DType=m&gs_DControlNo=52190.  pp. 20-22
  5. "The Issue of Takeshima". Ministry of Foreign Affairs of Japan. http://www.mofa.go.jp/region/asia-paci/takeshima/index.html. Capaian 2012-10-26.