Beauxbatons

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lokasi dalam Harry Potter
Lencana Beauxbatons.jpg
Akademi Sihir Beauxbatons
Lokasi Kemungkinan Perancis
Ketua Olympe Maxime[HP4]
Penduduk Tetap
Kemunculan pertama dalam Harry Potter cuma disebut dalam Harry Potter dalam Piala Api

Akademi Sihir Beauxbatons (Bahasa Inggeris: Beauxbatons Academy of Magic, Bahasa Perancis: Académie de Magie Beauxbâtons), ringkasnya Beauxbatons ialah salah satu sekolah sihir terkemuka di Eropah dalam dunia Harry Potter. Sekolah ini mula diperkenalkan dalam buku ke-4, Harry Potter dalam Piala Api, dan walaupun tidak pernah dinyatakan dengan jelas, ia kemungkinan besar terletak di Perancis kerana kebanyakan pelajarnya mempunyai loghat Perancis.

Sejarah Beauxbatons telah bermula sekurang-kurangnya 700 tahun, semasa mereka mula menyertai Kejohanan Ahli Sihir Trio. Pada 1994, rombongan dari sana telah datang ke Hogwarts untuk kejohanan yang sama, dan kejohanan itu diwakili oleh Fleur Delacour bagi sekolah ini. Sekolah ini diketuai oleh seorang penyihir wanita bernama Olympe Maxime.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]