Belahan Jiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Belahan Jiwa
Poster Filem
PengarahSekar Ayu Asmara
PenulisSekar Ayu Asmara
Dihasilkan olehMultivision Plus Pictures
DibintangiDian Sastrowardoyo
Nirina Zubir
Rachel Maryam
Dinna Olivia
Marcella Zalianty
Indah Kalalo
Alexander Wiguna
Surya Saputra
Endhita
Robby Tumewu
Ria Irawan
Tarikh tayangan
17 Disember 2005
Masa tayangan
91 Minit
NegaraIndonesia Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Belahan Jiwa adalah sebuah filem drama thriller Indonesia yang diriliskan pada tarikh 17 Disember 2005. Filem yang diarahkan oleh Sekar Ayu Asmara ini dibintangi oleh Dian Sastrowardoyo, Nirina Zubir, Rachel Maryam dan ramai lagi. Filem ini memenangi kategori Best International Feature Filem dalam New York International Independent filem & video festival tahun 2007.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Dian Sastrowardoyo Sebagai Cempaka
  2. Rachel Maryam Sebagai Cairo
  3. Dinna Olivia Sebagai Farlyna
  4. Nirina Zubir Sebagai Baby Blue
  5. Marcella Zalianty Sebagai Arimby
  6. Ria Irawan Sebagai Halimah
  7. Alexander Wiguna Sebagai Bumi
  8. Endhita Sebagai Ibu Bumi
  9. Ario Bayu Sebagai Ayah Bumi

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem Belahan Jiwa mengisahakan empat orang wanita iaitu Cairo (Rachel Maryam) seorang Pelukis, Farlyna (Dinna Olivia) seorang desainer pakaian, Baby Blue (Nirina Zubir) seorang arsitek dan Arimby (Marcella Zalianty) psikologi. Mereka memiliki empat masalah psikologi yang berbeza terlibat dalam hubungan seirus. Sekaligus mengandung dengan lelaki yang sama. Namun tanpa mereka ketahui, lelaki itu juga menjalinkan hubungan dengan Cempaka (Dian Sastrowardoyo) seorang wanita yang masa lalunya yang misteri.

Mereka diceritakan memiliki masalah masing-masing. Cairo seorang pelukis yang sedang menyiapkan lukisan dengan konsep yang baru iaitu nihilisme. Namun dia kesulitan untuk mencari warna merah yang tepat untuk membuat lukisannya menjadi lebih hidup. Farlyna seorang desainer busana yang dinobatkan sebagai 'Queen Of Sexy Fashion' sedang menyiapkan projek tempahan pelanggannya. Di tengah kejayaan kariernya. Farlyna dikecam oleh Halimah (Ria Irawan) seorang ustazah yang menganggap tingkahlaku dan karyanya tidak sesuai ikut ajaran agama. Lalu, Halimah pergi ke rumah Faralyna tetapi disambut Farlyna dengan membuka baju di depan orang ramai. Baby Blue seorang arsitek yang masih tidak boleh menerima kematian saudara kembarnya yang bernama Baby Pink. Dia terus mencari jawapan mengapa dua jiwa yang dilahirkan bersama pada akhirnya harus dipisahkan. Arimby seorang psikologi dengan pesakit yang bernama Katrina yang mempunyai dua keperibadian lain iaitu Sofia dan Anggoro yang saling bertarung dalam diri Katrina untuk menceritakan kisah Katrina yang diperkosa. Cempaka kekasih Bumi (Alexander Wiguna) yang tinggal serumah dengannya yang mengalami gangguan psikologi akibat trauma menyaksikan ibunya (Endhita) dicekik oleh ayahnya sendiri (Ario Bayu). Bumi diceritakan memperlakukan Cempaka dengan baik walaupun ternyata ia sudah memiliki empat orang kekasih lain.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]