Nirina Zubir
Nirina Zubir | |
---|---|
Kelahiran | Nirina Raudhatul Jannah Zubir 12 Mac 1980 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1996 - kini |
Pasangan | Ernest Fardiyan Sjarif (k. 2008) |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Cut Indria Marzuki |
Bapa | Zubir Amin |
Nirina Raudhatul Jannah Zubir (lahir di Antananarivo, 12 Mac 1980; umur 42 tahun) adalah seorang usahawan dan pelakon kewarganegaraan Indonesia zuriat Bahrain, Madagascar dan Minangkabau, Aceh
Biografi[sunting | sunting sumber]
Beliau merupakan anak kepada Zubir Amin, seorang diplomat senior kelahiran Pariaman, Sumatera Barat, ialah memiliki anak perempuan sulung kedua dari sang bapa yang datang dari Bahrain-Minangkabau dan sang ibu mempunyai zuriat Madagascar-Aceh
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Nirina memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sebagai VJ MTV Indonesia selama beberapa tahun dan mula menceburi bidang lakonan dalam filem 30 Hari Mencari Cinta.
Setelah berjaya melakonkan watak Gwen dalam 30 Hari Mencari Cinta yang berperwatakan tidak jauh beza dengan sifat aslinya, Nirina mendapat undangan untuk berlakon dalam filem keduanya, Mirror dan berperan sebagai Kikan pada tahun 2005.
Setelah filem keduanya, Nirina diundang lagi untuk berlakon dalam sebuah filem bertemakan seram ngeri psikologi berjudul Belahan Jiwa. Dalam filem ini, Nirina berperan sebagai Baby Blue yang trauma akibat kematian saudara kembarnya, Baby Pink. Filem ini mendapat sambutan baik di pasaran pada akhir tahun 2006.
Pada 11 Mei 2006, filem keempatnya ditayangkan di pawagam bertajuk Heart. Dalam filem ini, Nirina pun mengisi soundtracknya. Lagu yang Nirina nyanyikan berjudul Hari Ini, Esok dan Seterusnya.
Selepas filem Heart yang berjaya mengutip 1,6 Juta penonton tahun 2006, kemudian pada tahun 2007 Nirina melanjutkan lakonannya dengan filem Get Married arahan Hanung Bramantyo yang menjadi filemnya yang berjaya di box office iaitu ditonton sebanyak 2,2 Juta orang. Tidak hairan pada tahun 2007 Nirina menjadi pelakon filem termahal di Indonesia dengan jumlah Rp 250 Juta per filem. Sayang gelar itu tidak lama diraihnya karena tahun 2008 dia absen dari layar lebar. Jawatan itu kemudian disandang oleh pelakon Acha Septriasa. Tahun 2009 Nirina kembali masuk daftar pelakon termahal dan berada di peringkat empat, dibawah artis Luna Maya.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Nirina berkahwin dengan Ernest Fardiyan Sjarif pada tahun 2009 dan dikurniakan dua anak Zivara Ruciragati Syarif dan Elzo Jaydn Anvaya.[1]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Filem | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2004 | 30 Hari Mencari Cinta | Gwen | Dicalonkan-Independent Film Awards for Best Newcomer |
2005 | Mirror | Kikan | Indonesian Movie Awards for Favorite Actress Nominasi—Indonesian Movie Awards for Best Actress |
2005 | Belahan Jiwa | Baby Blue | |
2006 | Heart | Rachel | Indonesian Movie Awards for Best Actress Penghargaan FFI untuk Pemeran Utama Wanita Terbaik Nominasi-Indonesian Movie Awards for Favorite Actress |
2007 | Kamulah Satu-Satunya | Indah | |
2007 | Get Married | Mae | Dicalonkan-Indonesian Movie Awards for Best Actress Dicalonkan-Indonesian Movie Awards for Favorite Actress |
2009 | Get Married 2 | Mae | Dicalonkan-Indonesian Movie Awards for Best Actress Dicalonkan-Indonesian Movie Awards for Favorite Actress |
2018 | Insya Allah Sah 2 | Inspektur Jingga |
Sinetron[sunting | sunting sumber]
- Untukmu Segalanya (1994)
- Untukmu Segalanya 2 (1996)
- Tersanjung 1-6 (1998)
- Diva (2008)
- Assalamualaikum Cinta (2008)
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Single[sunting | sunting sumber]
Tahun | Judul | Album | Nota |
---|---|---|---|
2006 | "Hari Ini, Esok & Seterusnya" | OST Heart | Pelakon dan penyanyi. |
2007 | "Pandangan Pertama" | OST Get Married | Kolaborasi bersama Slank. |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Ada Miom di Rahim, Nirina Melahirkan Lebih Cepat DetikHot (6 Februari 2012). Dicapai pada 25 November 2012.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- (Indonesia) Laman web rasmi
- Nirina Zubir di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- (Indonesia) Profil di laman KapanLagi.com.
- Nirina Zubir di Twitter
- Nirina Zubir di Instagram
![]() | Rencana berkenaan pelakon ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- Orang hidup
- Kelahiran 1980
- Tunas pelakon
- Pelakon wanita Indonesia
- Pengacara Indonesia
- Penyanyi wanita Indonesia
- Orang dari Antananarivo
- Orang Indonesia berketurunan Pakistan
- Orang Indonesia berketurunan Bahrain
- Orang Indonesia berketurunan Madagascar
- Orang Indonesia berketurunan Minangkabau
- Orang Indonesia berketurunan Aceh