Bendlerblock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian depan bangunan di Landwehr Canal

Bangunan Bendlerblock adalah sebuah kompleks di daerah Tiergarten Berlin, Jerman, yang terletak di Stauffenbergstraße (dahulunya dinamakan Bendlerstraße). Di bina pada tahun 1914 sebagai ibupejabat beberapa markas Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine), ia bertindak sebagai Kementerian Reichswehr selepas Perang Dunia I. Diperbesarkan dengan ketara dibawah pemerintahan Nazi, ia telah digunakan oleh beberapa jabatan Oberkommando der Wehrmacht (OKW) dari tahun 1938, terutamanya Oberkommando des Heeres dan agensi perisikan Abwehr.

Bangunan tersebut terkenal sebagai markas kumpulan penentang dari pegawai-pegawai Wehrmacht yang melaksanakan Plot 20 Julai terhadap Adolf Hitler pada tahun 1944. Selepas para pemimpin konspirasi itu dengan serta-merta di tembak di kawasan halaman, Bendlerblock juga memasukkan Memorial untuk Penentang Jerman. Sejak tahun 1993, kompleks bangunan tersebut menjadi ibu pejabat kedua Kementerian Pertahanan Persekutuan Jerman.

Nama[sunting | sunting sumber]

Kawasan Tiergarten pada tahun 1938, Bendlerblock disebelah kanan

Bangunan ini mendapat nama daripada nama jalannya. Kini ia diberi nama Stauffenbergstraße (dinamakan jalan Stauffenberg sempena menghormati Claus von Stauffenberg) yang sebelum ini dikenali sebagai Bendlerstraße dari tahun 1837 hingga 20 Julai 1955, selepas Johann Christoph Bendler (1789–1873) dari Hoym di Halberstadt Prusia. Bendler, seorang ketua tukang batu dan ahli majlis bandaraya Berlin, telah memperolehi estet-estet yang besar di selatan taman Großer Tiergarten yang kemudiannya membangunkan kawasan rumah agam itu di Tiergartenstraße.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 52°30′25″N 13°21′41″E / 52.50694°N 13.36139°E / 52.50694; 13.36139