Berlian Hope

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Berlian Hope
Hope Diamond.jpg
Berat45.552 carat (9.1104 g)
WarnaFancy Dark Grayish Blue (GIA)
SegiAntique cushion
Negara asal India
Lombong asalLombong Kollur
DijumpaiTidak diketahui. Bentuk sekarang pertama kali didokumenkan dalam inventori pedagang permata, Daniel Eliason pada tahun 1812
Dicanai olehTidak diketahui. Dipotong semula daripada berlian Biru Perancis selepas tahun 1791; dibentuk semula oleh Harry Winston antara tahun 1949 hingga 1958
Pemilik asalTidak diketahui. Ramai pemilik antaranya termasuk: Tavernier
Louis XIV dari Perancis
Henry Philip Hope
PemilikSmithsonian Institution dan rakyat Amerika Syarikat
Anggr. nilaiAS$200–$350 juta
Picture of a diamond.
Berlian Hope pada tahun 1974

Berlian Hope adalah salah satu daripada permata yang paling terkenal di dunia di mana rekod pemilikannya bertarikh hampir empat kurun. Warna birunya yang menakjubkan ini di sebabkan kehadiran sejumlah atom boron. Ianya seberat 45.52 karat, dan saiznya yang luar biasa mendedahkan penemuan baharu akan pembentukan batu permata.

Permata ini dipercayai berasal daripada India, di mana permata asal yang bersaiz lebih besar telah dibeli pada tahun 1666 oleh seorang pedagang Perancis Jean-Baptiste Tavernier sebagai Biru Tavernier.[1] Biru Tavernier telah dipotong dan diubah menjadi Biru Perancis (Le bleu de France), di mana Tavernier kemudian menjualnya kepada Raja Louis XIV pada tahun 1668. Ianya telah dicuri pada tahun 1791, dipotong semula, dengan bahagian terbesarnya mendapat nama "Hope" apabila ia muncul dalam sebuah katalog permata yang dimiliki oleh sebuah keluarga perbankan di London yang dikenali dengan Hope pada tahun 1839. Selepas beberapa kali bertukar tangan, ia kemudian dijual kepada seorang sosialis dari Washington Evalyn Walsh McLean, yang sering kali dilihat memakainya. Ia kemudian dibeli pada tahun 1949 oleh seorang pedagang permata daripada New York bernama Harry Winston, yang menggunakannya untuk beberapa tahun sebelum menyerahkannya kepada Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 1958, di mana ia kekal menjadi pameran tetapnya.

Berlian Hope dikhabarkan membawa sumpahan, kemungkinan kerana para agen cuba untuk meningkatkan minat terhadapnya. Kali terakhir ia dilaporkan telah diinsuranskan sebanyak AS$250 juta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Wise2010Time3 tidak disediakan

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • François Farges, Scott Sucher, Herbert Horovitz and Jean-Marc Fourcault (September 2008), Revue de Gemmologie, vol. 165, pp. 17–24 (in French) (English version to be published in 2009[dated info] in Gems & Gemology)
  • Marian Fowler, Hope: Adventures of a Diamond, Ballantine (March 2002), hardcover, ISBN 0-345-44486-8.
  • Stephen C. Hofer, Collecting and Classifying Coloured Diamonds, Ashland Press 1998, ISBN 0-9659410-1-9.
  • Janet Hubbard-Brown, The Curse of the Hope Diamond (History Mystery), Harpercollins Children's Books (October 1991), trade paperback, ISBN 0-380-76222-6.
  • Richard Kurin, Hope Diamond: The Legendary History of a Cursed Gem, New York: HarperCollins Publishers & Smithsonian Press, 2006. hardcover, ISBN 0-06-087351-5.
  • Robert C. Marley. Inspector Swanson und der Fluch des Hope-Diamanten. Dryas, Frankfurt a. M., Germany 2014, ISBN 3940855537
  • Susanne Steinem Patch, Blue Mystery : The Story of the Hope Diamond, Random House (April 1999), trade paperback, ISBN 0-8109-2797-7
  • Edwin Streeter, The Great Diamonds of the World, George Bell & Sons, (Jan 1898), hardcover, no ISBN known.
  • Richard W. Wise, Secrets Of The Gem Trade, The Connoisseur's Guide To Precious Gemstones, Brunswick House Press (2003) ISBN 0-9728223-8-0
  • Richard W. Wise, The French Blue, Brunswick House Press, (2010) ISBN 978-0-9728223-6-7
  • Sally and Quetzalcoatl Magana, Lost Hope, (2011) ISBN 978-1-4610-0385-4

Pautan luar[sunting | sunting sumber]