Biasiswa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Biasiswa [bia-sis-wa,[1] Mal., Sin., Bru.] atau beasiswa [béa-sis-wa[2] Ind.] ialah suatu bantuan kewangan dikhaskan untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka sama ada pada peringkat rendah di sekolah mahupun peringkat tinggi di universiti. Ia diberikan berdasarkan pelbagai kriteria yang mencerminkan nilai dan tujuan penderma atau pemberi dana tersebut. Duit biasiswa tidak perlu dibayar semula.[3][4]

Perkataan ini datang hasil penggabungan dua komponen dalam bahasa Sanskrit: bia- — daripada व्यय vyaya[5] (seakar perkataan "biaya") — bermaksud "ongkos...uang"[6]:31-32 atau pembayaran (charge),[5] dan siswa — daripada शिष्य śiṣya[7] — bermaksud "murid; yang menuntut ilmu"[6]:322 atau "pelajar" (pupil).[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'biasiswa' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 April 2020.
  2. ^ "'beasiswa'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 23 Februari 2020.
  3. ^ Peterson, Kay (4 September 2008). "Financial Aid Glossary". fastweb. Dicapai pada 28 May 2012.
  4. ^ "UNIVERSITY REFORM: REPORT OF THE ROYAL COMMISSIONERS ON THE STATE OF THE UNIVERSITY AND COLLEGES OF OXFORD". The Observer. 1952.
  5. ^ a b "vyaya". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 28 April 2020.
  6. ^ a b Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia.
  7. ^ a b "śiṣya". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 28 April 2020.