Biduanita Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Biduanita Negara adalah suatu gelaran seni di Malaysia yang hanya diberikan kepada artis wanita yang banyak menyumbangkan jasa. Erti istilah biduanita dalam konteks ini lebih merujuk kepada diva berbanding penyanyi. Anugerah ini diberikan oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA).

Penyanyi wanita pertama negara yang memegang gelaran Biduanita Negara adalah Puan Sri Saloma yang menerima gelaran itu pada tahun 1978. Ia merupakan satu penghormatan kepada beliau yang telah banyak menyumbang jasa kepada negara.

Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1983, seorang lagi penyanyi wanita terkenal dan tersohor Malaysia iaitu Datuk Sharifah Aini menjadi Biduanita Negara kedua pada 2006.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rozdan Mazalan (29 Disember 2006). "Sharifah Aini Diiktiraf Biduanita Negara". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal|archive-url= memerlukan |url= (bantuan) pada 2007.