Salmah binti Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Biduanita Negara
Puan Sri Datin Amar

Salmah binti Ismail
Saloma-in-black.png
Saloma pada tahun 1960an
Kelahiran Salmah binti Ismail
22 Januari 1935(1935-01-22)
Pasir Panjang, Singapura
Meninggal dunia 25 April 1983 (umur 48)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Sebab kematian Demam kuning
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, model
Tahun aktif 1958 - 1983
Agama Islam
Pasangan Aman Ramli Jaafar (April 1952 - September 1952)
Kazman Bin Yusak (June 1957 - (?) 1957)
P.Ramlee (November 1961 - 29 Mei 1973)
Anak Armali bin Aman Ramlie (anak)
Safarina bte Mum @ Dian P. Ramlee (anak angkat)
Zakiah bte Ahmad Rejab (anak angkat)
Sabarudin bin Ramlee (anak angkat)
Saudara Siti Mariam binti Ismail (kakak)
Aminah binti Ismail (adik seayah) and 5 lagi adik-beradik

Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail, AMN atau lebih dikenali sebagai Saloma (22 Januari 1935 - 25 April 1983) merupakan seorang penyanyi Singapura-Malaysia dan bintang filem yang popular dari tahun lewat 1950-an hingga awal 1980-an. Beliau dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura. Selain itu, beliau juga merupakan adik kepada seniwati Mariam Ismail (yang lebih dikenali sebagai Mariani). Dia juga adalah kakak seayah kepada penyanyi dan pelakon Aminah Ismail (yang lebih dikenali sebagai Mimi Loma). Saloma merupakan isteri ketiga kepada pengarah, penerbit, pelakon filem, komposer dan penerbit Tan Sri Datuk Amar P.Ramlee. Pada permulaannya, Saloma hanya terkenal akan nyanyiannya menerusi filem-filem yang diterbitkan pada tahun 50'an, namun menerusi filem Azimat (1958) dan Kaki Kuda (1958), Saloma mula bergiat dalam bidang lakonan. Sejak itu, Saloma mula berlakon dalam pelbagai filem antaranya ialah Seniman Bujang Lapok (1961), Ragam P. Ramlee (1964) dan Ahmad Albab (1968).

Setelah kematian suaminya, Saloma mula diselubungi kemurungan dan kesedihan. Akibat daripada itu, Saloma ditimpa pelbagai penyakit sehingga menyebabkan beliau semakin kurus dan tidak bermaya. Beliau dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor sebelum disahkan meninggal dunia pada 25 April 1983 berusia 48 tahun akibat penyakit demam kuning. Saloma telah dianugerahkan gelaran Biduanita Pertama Negara pada tahun 1978 dan gelaran Puan Sri pada tahun 1990 setelah kematiannya kerana suaminya iaitu Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee turut menerima anugerah yang sama. Gelaran itu menunjukkan status beliau sebagai isteri kepada seorang Tan Sri.

Penglibatan kariernya[sunting | sunting sumber]

saloma in norma
Salmah (Saloma) semasa kerjaya awalnya dalam perfileman menerusi filem Norma.

Beliau mula menyanyi pada usia tujuh tahun dan menjadi penyanyi profesional pada usia belasan tahun. Asalnya beliau menyanyi secara kebetulan. Dia banyak belajar menyanyi gaya nyanyian Ella Fitzgerald. Saloma lebih cenderung sebagai penyanyi berbanding sebagai pelakon.

Pada awalnya, beliau mengasah bakat bersama Orkes Fajar Murni pimpinan Yusof Osman. Lagu Pandang Kasih ciptaan Rahmat Ali membawa tuah kejayaan awalnya sebagai penyanyi. Beliau pernah menyertai Panca Sitara pada 1960-an.

Pada 28 September 1959, beliau kembali ke Singapura setelah tamat menyanyi di sebuah kelab malam di Australia. Di Australia , beliau menyanyi di beberapa kelab malam seperti Oriental Hotel, Melbourne dan disiarkan di televisyen di sana. Seterusnya beliau menandatangani kontrak menyanyi di kelab malam Tanglin - Golden Venus. Beliau berhasrat menyanyi di Amerika Syarikat dan Eropah. Beliau pernah menyanyi di Ocean Park Hotel dan Percy Proctors band. [1]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkahwin dengan Allahyarham A. R. Tompel, Kazman Bin Yusak, dan P. Ramlee.[perlu rujukan]

Lagu-lagunya[sunting | sunting sumber]

Saloma ketika zaman mudanya.
Saloma Bistro and Theatre Restaurant, dinamakan sempena Saloma diatas sumbangannya kepada industri hiburan di Malaysia.

Lagu-lagu yang didendangkan olehnya yang menjadi popular seperti:

  • Aku, Dia Dan Lagu
  • Alunan Biola
  • Assalamualaikum (Bersama P. Ramlee)
  • Belo-Belo (Bersama Ahmad CB)
  • Biarlah Aku Pergi (1962)
  • Bila Hati Telah Retak
  • Bila Larut Malam (Bersama Pancha Sitara)
  • Bila Mama Pakai Celana (Bersama P. Ramlee)
  • Bimbang
  • Bossanova
  • Bunga Tanjung
  • Gelora
  • Hilang Terang Timbul Gelap
  • Inang Baru
  • Jangan Pilih Yang Cantik
  • Jari-Jariku Sakit Semua
  • Joget Malaysia (Bersama P. Ramlee)
  • Kain Songket
  • Kalau Jodoh Tak Kemana (Bersama P. Ramlee) (Filem Anak Bapak (1965))
  • Kenek-Kenek Udang (Filem Gergasi (1958))
  • Ketipang Payung (Filem Nujum Pa' Blalang)
  • Kopi Susu
  • Kuala Sedeli
  • Lagu Anak Rantau
  • Lenggang Kangkung (Filem Semerah Padi (1956))
  • Mak Inang Melayu (Filem Sumpitan Rachun (1961))
  • Mastura (Pengantin Baru) (Bersama P. Ramlee) (Filem Ahmad Albab (1968))
  • Mengapa Di Rindu (Filem Dua Pendekar (1964))
  • Perwira (Filem Masam Masam Manis (1965))
  • Polynesia Mambo
  • Rukun Islam (Bersama P. Ramlee)
  • Sam Pek Eng Tai
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (Bersama P. Ramlee) (Filem Tiga Abdul (1964))
  • Sekapur Sirih, Seulas Pinang (Filem Semerah Padi (1956))
  • Selamat Hari Raya
  • Selamat Pengantin Baru
  • Singapura Waktu Malam (Filem Labu Dan Labi (1962))
  • Siti Payung
  • Sudah Kahwinkah Belum? (Bersama Ahmad Daud)
  • Tanjung Katong
  • Tari Budaya (Filem Amok Tok Nading (1968))
  • Tari Silat Melayu
  • Tiru Macam Saya
  • Tudung Periuk (Bersama P. Ramlee) (Filem Sumpah Orang Minyak (1958))
  • Yang Mana Satu (Bersama P. Ramlee) (Filem Labu Dan Labi (1962))

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Beliau juga berbakat dalam bidang lakonan. Filem yang dibintanginya iaitu:

Kematian[sunting | sunting sumber]

Saloma telah mengakhiri penglibatan di dalam kariernya apabila menghembuskan nafas terakhir pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 48 tahun kerana menghidap penyakit demam kuning.[2]

Keistimewaan yang tersendiri[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai kehebatan yang unik dan tersendiri kerana suaranya yang merdu dan tidak mampu dimiliki oleh orang lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]