Bila Hati Berbicara (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bila Hati Berbicara
Umum
PengarangAntasya Balkis
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitBuku Prima
Tarikh penerbitan
2008
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789833669349

Bila Hati Berbicara ialah sebuah novel 2008 oleh penulis novel Malaysia, Antasya Balkis, diterbitkan pada 2008 oleh Buku Prima.[1][2] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2014.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti sebagai seorang juwatan muda yang kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan... wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia merwar-warkan mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang di beri nama Lembah Jingga.

Emir merasakan Tania perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang juga menaruh minat terhadap Tania.

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang akan terjadi terhadap perkahwinan mereka dan rasa cemburu kerana sayang dapatkah kembali menyatukan cintanya terhadap Tania?

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Bila Hati Berbifara telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia pada 28 Oktober 2014 di TV3, dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Atikah Suhaime sebagai pelakon utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Antasya Balkis (2008). Bila Hati Berbicara. Buku Prima. ISBN 9789833669349.
  2. ^ Bila Hati Berbicara by Antasya Balkis Goodreads. Dicapai pada 29 Februari 2020.