Pergi ke kandungan

Syafiq Kyle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syafiq Kyle
شفيق کائل
Syafiq pada 2016.
Kelahiran
Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak

(1992-06-24) 24 Jun 1992 (umur 34)
PendidikanDiploma Komunikasi dan Media
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, penerbit
Tahun aktif2008–kini
Karya
Filemografi
PasanganMimi Lana (k. 2025)
IbuRohaya Sulaiman
BapaAbdul Razak Husin
Saudara
KeluargaSyazwan Razak (adik)
Laman web rasmisyafiqkyle.com

Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle (lahir 24 Jun 1992) ialah seorang pelakon, model dan penerbit lelaki Malaysia. Beliau dikenali dengan watak lakonannya dalam filem dan televisyen, dan terkenal dengan kepelbagaian dan kebolehsuaiannya dalam melakonkan watak protagonis dan antagonis. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya, antaranya termasuk Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah MeleTOP Era dan Festival Filem Malaysia.

Dilahirkan di Kuala Lumpur dan memiliki kelulusan Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kerjaya Syafiq bermula pada 2011 apabila beliau menyertai pertandingan Hero Remaja 2011/2012 dan dinobatkan sebagai naib juara. Selepas itu, kerjaya lakonannya bermula dengan melakonkan watak kecil dalam beberapa drama dan filem. Beliau membintangi drama pertama lakonannya, Iparku Diva (2011), namun kejayaannya hadir apabila beliau mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur (2012–2015), yang mana beliau telah berlakon sebanyak 9 musim.[1][2] Sejak itu, Syafiq terus menemui kejayaan komersial menerusi beberapa siri drama televisyen terkenal seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan (2014), Married Tapi Benci (2016), Mencintaimu Mr. Photographer (2017), Nur (2018–19), Suara Hati (2021), Seribu Nina (2022) dan One Cent Thief (2022–2025). Menerusi drama Nur lakonan bersama Amyra Rosli, beliau memenangi Anugerah Skrin 2018 bagi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 bagi Aktor Pilihan, manakala untuk drama Tak Ada Cinta Sepertimu lakonan bersama Zahirah MacWilson, beliau memenangi Anugerah MeleTOP Era 2019 bagi Pelakon MeleTOP.

Sebagai pelakon filem, beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Langsuir (2018) sebelum membintangi dalam beberapa filem seperti Pusaka (2019), Saka Nan Sepi (2020), Polis EVO 3 (2023), Sheriff: Narko Integriti (2024), The Experts (2024), Takluk: Lahad Datu (2024), Blood Brothers: Bara Naga (2025) dan Malaikat Malam (2026). Beliau ialah suami kepada pelakon Mimi Lana yang dikahwininya pada Februari 2025 dan bapa saudara kepada Nabil Aqil dan Imran Aqil.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 24 Jun 1992 sebagai Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak di Kuala Lumpur. Syafiq merupakan lulusan dalam Diploma Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki.

Beliau merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama-sama Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafreez Adam, Ben Amir, Fendy Bakry dan Hafidz Roshdi, sekaligus dinobatkan sebagai Naib Juara.

Pada tahun 2014, beliau memegang watak pembantu sebagai Tajul Fahin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3. Seterusnya, buat pertama kalinya beliau memegang watak utama dalam drama Bila Hati Berbicara sebagai Emir Qasha dan bergandingan bersama pelakon Singapura Atikah Suhaime di Slot Akasia TV3. Pada tahun 2016, beliau digandingkan bersama pendatang baharu dalam bidang lakonan, Azira Shafinaz menerusi drama Married Tapi Benci di TV3 sebagai Kamal. Drama Sekali Aku Jatuh Cinta pula memperlihatkan beliau menjayakan watak komedi sebagai Johan iaitu seorang jururawat.

Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai Izz Haikal dalam drama Slot Akasia TV3, Suamiku Paling Sweet dan seterusnya memegang watak Nazmi Elyas, seorang jurugambar profesional di Slot MegaDrama Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Singapura, Hannah Delisha.[3] Beliau kemudiannya menjayakan watak utama bersama Ayda Jebat menerusi drama Dekatkan Jarak Kita sebagai Ian Tashriq.[3]

Pada tahun 2018, beliau menjayakan watak utama bersama Zahirah MacWilson menerusi drama Slot MegaDrama Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Hazran Widad. Beliau juga terlibat dalam drama mini 100 Plus, Pelangi Cinta bersama Shukri Yahaya, Aiman Hakim Ridza, Hairul Azreen dan Mira Filzah. Nama Syafiq terus melonjak naik apabila beliau menjayakan watak Ustaz Adam dalam Nur bergandingan bersama Amyra Rosli. Syafiq juga beraksi dalam filem sulungnya bertajuk Langsuir arahan Osman Ali bersama Hannah Delisha. Selain itu, beliau juga berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 sebagai Hakim, pelajar kolej yang bergelar Pak Cik Bawang.

Pada tahun 2019, beliau berlakon dalam filem seram Pusaka arahan Razaisyam Rashid yang mengandingkan beliau bersama Mimi Lana dan turut dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Yuna Rahim, Aleza Shadan, Faizal Hussein serta Ogy Ahmad Daud menampilkan sisi lain lakonan Syafiq iaitu seorang pegawai polis.[4] Beliau juga berlakon dalam teater muzikal arahan Erma Fatima yang bertajuk Pawana Isabella. Beliau menjadi Raja Al Hasiq Ghibran/Raja Melayu di samping Janna Nick, Johan Raja Lawak, Ozylnn, Ziela Jalil, Afdlin Shauki, Azar Azmi, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19 pada Mac 2020, Syafiq menerima tawaran berlakon dalam drama mini arahan Erma Fatima, Lock In 2 untuk saluran YouTube. Drama yang juga menampilkan ramai pelakon seperti Erma Fatima, Umie Aida, Sherry Alhadad, Nora Danish dan banyak lagi serta penampilan istimewa bekas pelakon 90an, Azah Aziz dan pembantu peribadi Neelofa, Rosix, telah menjalani penggambaran secara individu di rumah masing-masing serta bersama-sama tanpa melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Di dalam drama ini, Syafiq berlakon sebagai teman lelaki Neelofa. Drama Lock In sebelum ini mempunyai 2 episod. Untuk musim kedua, Erma Fatima menambah lagi 4 episod dan menampilkan ramai lagi selebriti.

Pada tahun 2022, Syafiq muncul dalam tiga buah drama bersiri, antaranya ialah Seribu Nina, One Cent Thief dan Cinta Buat Dara serta filem Cikgu vs Hantu. Dalam tahun 2024, beliau berlakon dalam tiga filem, antaranya ialah Sheriff: Narko Integriti, The Experts dan Takluk: Lahad Datu.

Syafiq merupakan pengasas jenama kosmetik KylezLab dan jenama fesyen Jiwa by Kylez (dijenamakan semula sebagai Sajiwa) yang diwujudkan pada awal tahun 2018 dan mempunyai kelab peminat iaitu Skylovers. Selain itu, beliau juga kerap mengemaskini aktiviti terkininya di laman web rasminya, syafiqkyle.com.[5]

Syafiq juga aktif dalam sukan permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia yang turut menampilkan selebriti-selebriti popular seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Aiman Tino, Akim Ahmad, Diana Danielle dan Wany Hasrita.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi Syafiq menjadi bualan masyarakat ketika berlakon di dalam telefilem Raya arahan Rashid Sibir. Gosip mengenai hubungan Syafiq dengan kakak kepada pelakon cantik, Nelydia Senrose yang juga seorang pelakon, Uqasha Senrose menjadi tanda tanya adakah mereka memang bercinta. Syafiq mengakui beliau bercinta dengan Uqasha, namun Uqasha mengatakan sebaliknya. Syafiq juga dikaitkan dengan finalis Dewi Remaja yang juga heroin Syafiq dalam drama Sekali Aku Jatuh Cinta iaitu Mimi Lana. Mereka mengakui mereka sedang berkawan. Pada masa yang sama, kemesraan Syafiq dengan pelakon cantik dari Singapura, Hannah Delisha dalam dan luar drama Mencintaimu Mr. Photographer membuatkan peminat mendoakan agar mereka berjodohan.[6]

Pada tahun 2019, terbongkar mengenai hubungan sebenar antara Syafiq dan Mimi Lana. Mereka sudah menjadi pasangan kekasih sejak tahun 2016. Mereka kekal profesional sewaktu berlakon dalam filem seram Pusaka sebagai adik beradik kembar. Hubungan mereka direstui kedua belah keluarga.[7] Namun begitu, pada Mac 2020, hubungan percintaan mereka yang terjalin selama 4 tahun terlerai. Dikatakan punca perpisahan mereka adalah tiada persefahaman antara mereka.[8][9] Namun begitu, hubungan mereka kembali terjalin selepas berkongsi gambar masing-masing di media sosial.[10]

Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan pada Januari 2023,[11][12] dan dijadualkan bakal bernikah pada 18 Ogos 2023,[13] namun mereka membatalkan pernikahan mereka pada saat akhir.[14][15][16] Walaubagaimanapun, akhirnya pasangan ini diijabkabulkan pada 14 Februari 2025 dan sah sebagai suami isteri, dengan sekali lafaz.[17][18][19]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Videografi

[sunting | sunting sumber]
Video klip
Tahun Tajuk Penyanyi
2019 "Semakin" Siti Sarah
  • Ramadhan Raya TV3 2019 - #setulusikhlas bersama Zara Zya, Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Ismail Izzani, Haqiem Rusli & Nabila Razali (Samsung), Mimi Lana (Nivea), Mira Filzah & Hairul Azreen (100 Plus)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011/2012 Hero Remaja Tempat ke-2 — Menang
2014 Anugerah MeleTOP Era Artis Baharu MeleTOP Tercalon
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–28 Gandingan Serasi Di Layar (bersama Atikah Suhaime) Bila Hati Berbicara Tercalon
Anugerah Lawak Warna ke–3 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) Gangster Melor Tercalon
Anugerah Skrin ke–19 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Dari Pintu Neraka Tercalon
2016 Anugerah Seri Angkasa Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik Tercalon
2017 Anugerah Throwbaek Drama Pelakon Paling Membantu Tanah Kubur Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30 Pelakon TV Lelaki Popular — Tercalon
Anugerah InTrend Anugerah Lelaki Dambaan Menang
Anugerah Instafamous HurrTV Anugerah Instafamous Adiwira Menang
2018 Anugerah Digital Muzik ERA ke–2 Temubual Terbaik Carta ERA 40 (bersama Neelofa & Fatin Afeefa) Red Velvet Menang
Anugerah MeleTOP Era ke–5 Pelakon MeleTOP Mencintaimu Mr. Photographer Tercalon
Fesyen MeleTOP — Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5 Aktor Pilihan Dekatkan Jarak Kita Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Ayda Jebat) Menang
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Telenovela Popular Mencintaimu Mr. Photographer Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31 Pelakon TV Lelaki Popular — Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Mawar Rashid) Suamiku Paling Sweet Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Hannah Delisha) Mencintaimu Mr. Photographer Tercalon
Anugerah Skrin ke–22 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Abang Kandung Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian Nur Menang
2019 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6 Aktor Pilihan Menang
Pasangan Pilihan (bersama Amyra Rosli) Menang
Anugerah MeleTOP Era ke–6 Pelakon MeleTOP Tak Ada Cinta Sepertimu Menang
Bintang Filem MeleTOP Langsuir Menang
Fesyen MeleTOP — Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Gandingan Serasi Drama (bersama Amyra Rosli)
(bersama Zahirah Macwilson)
Nur
Tak Ada Cinta Sepertimu
Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular — Tercalon
Gandingan Serasi Filem (bersama Hannah Delisha) Langsuir Menang
2020 Anugerah MeleTOP Era ke–7 Bintang Filem Meletop Pusaka Menang
Fesyen Meletop — Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Gandingan Serasi Filem Popular (online) bersama Mimi Lana Pusaka Menang
Pelakon TV Popular — Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Artis Kontroversi Popular (online) Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (online) (bersama Janna Nick) & (bersama Amyra Rosli) Bukan Cinta Aku & Nur 2 Tercalon
Anugerah Melodi Drama Sangat Stylo Sangat — Tercalon
Gempak Most Wanted 2020 Artis Bujang Tergempak Tercalon
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Pelakon Lelaki Terbaik Pusaka Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Telenovela Popular Suara Hati Menang
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Aktor Filem Popular — Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-33 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Sheriff: Narko Integriti Tercalon
2025 Anugerah Melodi Terhangat 2025 Anugerah Selebriti Maskulin Terhangat — Tercalon
Anugerah Selebriti Couple Goals Terhangat (bersama Mimi Lana) Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-34 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Blood Brothers: Bara Naga Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Aktor Filem Popular — Tercalon
Festival Filem Asia Pasifik (APFF62) Rising Icon Award (Kategori Lelaki) Blood Brothers: Bara Naga Menang
  1. ↑ "Syafiq Kyle mahu dikenali". Utusan Online. 3 Jun 2012. Dicapai pada 3 Jun 2016.
  2. ↑ "Cetusan fenomena Syafiq Kyle". Kosmo!. 27 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-01. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  3. 1 2 Kesabaran Syafiq bawa ke puncak Harian Metro. (29 Disember 2017). Diakses pada 27 Januari 2018. Ralat petik: Parameter "syafiq”" yang tidak sah dalam tag <ref>. Parameter yang disokong ialah: details, dir, follow, group, name.
  4. ↑ Ramlah Zainal (23 Disember 2019). Bervariasi dalam lakonan Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  5. ↑ Syafiq Kyle intai bidang perniagaan Kosmo! (23 Mei 2018). Dicapai pada 30 Mei 2018.
  6. ↑ Zaidi Mohamad (16 September 2017). Syafiq Kyle, Hannah Delisha makin serasi Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  7. ↑ Rudy Imran Shamsuddin (23 September 2019). Syafiq Kyle & Mimi Lana tak 'clash' lah Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  8. ↑ Farihad Shalla Mahmud (3 Jun 2020). Mimi Lana, Syafiq Kyle putus cinta Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  9. ↑ Kenneth Chaw (4 Jun 2020). TV stars Syafiq Kyle and Mimi Lana call it quits after five years The Star Online. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  10. ↑ "Cinta Mimi, Syafiq bertaut kembali?". Kosmo!. 29 November 2020. Dicapai pada 13 September 2021.
  11. ↑ Farihad Shalla Mahmud (21 Januari 2023). "Syafiq, Mimi sudah bertunang?". Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2023.
  12. ↑ "Syafiq Kyle, Mimi Lana selamat bertunang". Berita Mediacorp. 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 September 2023.
  13. ↑ Hasif Idris (14 Februari 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana nikah lepas Aidilfitri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 September 2023.
  14. ↑ "Syafiq Kyle, Mimi Lana batal nikah". Malaysia Gazette. 11 Ogos 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
  15. ↑ Zaara Talita (11 Ogos 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana batal nikah". Harian Metro. Dicapai pada 13 September 2023.
  16. ↑ Hanisah Selamat (11 Ogos 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana batalkan pernikahan". Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2023.
  17. ↑ Amin Hazlan (27 Februari 2025). "Syafiq Kyle ada sebab rahsia tarikh perkahwinan, rancang bawa Mimi Lana bulan madu lepas raya". mStar Online. Dicapai pada 22 Mac 2025.
  18. ↑ Fatin Farhana Ariffin (27 Februari 2025). "Syafiq, Mimi rahsia nikah atas permintaan keluarga". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2025.
  19. ↑ "Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri". Astro Awani. 14 Februari 2025. Dicapai pada 22 Mac 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]