Billboard Hot 100

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Logo Billboard

Billboard Hot 100 ialah sebuah carta lagu yang memuatkan 100 single paling laris di Amerika Syarikat. Carta lagu ini diterbitkan setiap minggu oleh majalah Billboard dan dijadikan standard rasmi populariti sebuah lagu di Amerika Syarikat.

Billboard Hot 100 dicipta dengan memberi kedudukan atau menyusun 100 buah single berdasarkan jualan dan main di radio-radio di wilayah Amerika. Memegang single yang mencapai kedudukan nombor 1 di tangga lagu ini merupakan sebuah kebanggaan bagi seorang artis. Hingga saat ini, artis yang paling banyak memegang single no. 1 di Billboard Hot 100 ialah The Beatles dengan jumlah keseluruhan 20 buah single. Sementara kedudukan kedua dipegang oleh Mariah Carey dengan 18 buah lagu single no. 1. Mariah Carey juga merupakan artis dengan minggu paling lama di kedudukan 1, iaitu 93 minggu.

Lagu lama yang menghuni kedudukan kemuncaknya adalah "One Sweet Day" dari Mariah Carey, yang menghuni kedudukan teratas selama 16 minggu. Lagu debut yang paling berjaya di carta ini adalah "Tik Tok" dari Kesha yang menghuni kedudukan teratas selama 9 minggu. Lagu yang paling lama bertahan di carta ini adalah "I'm Yours" nyanyian Jason Mraz selama 76 minggu. Lagu "Born This Way" milik Lady Gaga merupakan single ke-100 yang mendapat peringkat satu di Billboard.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]