Pergi ke kandungan

Lady Gaga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lady Gaga
Maklumat latar belakang
Nama lahirStefani Joanne Angelina Germanotta Sunting nilai ini di Wikidata
Juga dikenali
sebagai
Mother Monster
Stefani Germanotta
Joanne
Kelahiran28 Mac 1986 dan 20 Mac 1986 Sunting nilai ini di Wikidata
Lenox Hill Hospital (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
WarganegaraAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop
Dance-pop
Elektronik
R&B
Jazz
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, aktivis, pelakon filem, pelakon televisyen, pelakon suara, dermawan, penyanyi-penggubah lagu, penggubah, pengarah filem dan pengarah televisyen Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikPiano, suara, Keytar, gitar akustik, gitar elektrik, pensintesis, gitar dan set dram Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif2005 Sunting nilai ini di Wikidata
Diskografi
Syarikat rakamanInterscope Records (2007–)
Universal Music Group (2007–) Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota keluarga/pasangan
Pasangan/bekas pasanganChristian Carino (2017–2019)
Taylor Kinney (2011–2016)
Michael Polansky Sunting nilai ini di Wikidata
IbuCynthia Germanotta (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
BapaJoe Germanotta (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Adik-beradikNatali Germanotta (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Tapak sesawangladygaga.com Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: nm3078932 TMDB (orang): 237405 FilmAffinity (orang): 592348496 Rotten Tomatoes: celebrity/lady_gaga Allmovie (artis): p669908 TCM (orang): 11392985 SoundCloud: ladygaga Spotify: 1HY2Jd0NmPuamShAr6KMms Apple Music: 277293880 Deezer: 75491 Tidal: 3534754 Last.fm: Lady+Gaga MusicBrainz: 650e7db6-b795-4eb5-a702-5ea2fc46c848 Discogs: 1103159 AllMusic: mn0000994823 Amazon Music (artis): B0016SK9OW KKBOX: TaEBocy6ixtKeBjCo_ LINE MUSIC: mi00000000001647e1 Melon: 253688 JioSaavn: XVoOcEoDG84_ Goodreads (penulis): 2945649 Goodreads (watak): 113837
Facebook: ladygaga X: ladygaga Instagram: ladygaga Snapchat: ladygaga YouTube: UCNL1ZadSjHpjm4q9j2sVtOA TikTok: ladygaga Sunting nilai ini di Wikidata
Tandatangan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Stefani Joanne Angelina Germanotta (lahir 28 Mac 1986; umur 40 tahun), lebih dikenali dengan nama pentasnya Lady Gaga, ialah pemuzik dan artis dari Amerika Syarikat yang berdarah campuran Itali. Beliau menulis lagu untuk Interscope Records selain menyanyi. Pada permulaan karier, beliau sering mengadakan persembahan di kelab-kelab kecil di bandaraya New York.

Beliau telah memenangi tiga belas Anugerah Grammy, 13 MTV Video Music Awards dan banyak lagi anugerah lain. Lady Gaga juga sering muncul di muka depan majalah hiburan terkenal seperti Billboard, V, Vogue, dan Rolling Stone. Beliau tersenarai antara selebriti dengan pengikut terbanyak di Twitter dan pernah mengalahkan Ratu Elizabeth II dalam senarai wanita paling berpengaruh dan berkuasa dunia.

Menurut akhbar The Guardian, Lady Gaga merupakan selebriti pertama yang memberi gelaran kepada kelab peminatnya sebagai Little Monsters dengan slogan "Paws Up!!". Beliau juga menjadi artis pertama yang mencapai satu bilion tontonan video di YouTube dan merupakan artis solo pertama menerima dua anugerah Berlian (Diamond) oleh RIAA, dengan lebih 10 juta muat turun digital sah melalui lagu *Bad Romance* dan *Poker Face*.

Selain bidang seni, Lady Gaga aktif dalam kegiatan kemanusiaan melalui penubuhan Born This Way Foundation yang membantu golongan kurang bernasib baik. Beliau juga dikenali sebagai aktivis hak LGBTQ+ dan memperjuangkan kesamarataan. Projek terbaru beliau, 'It's On Us', berkerjasama dengan Naib Presiden Amerika Joseph Biden bagi membantu mangsa serangan seksual, terutama di kalangan pelajar kolej dan universiti. Lady Gaga turut menyumbang lagu tema (*Till It Happens To You*) untuk dokumentari *The Hunting Ground*, dan beliau sendiri pernah menjadi mangsa serangan seksual.

Kebanyakan karya lagu Lady Gaga berkait rapat dengan pengalaman peribadi seperti keluarga, karier, dan percintaan. Contohnya:

  • *Marry The Night* – tentang kepayahan awal karier sebagai artis
  • *Speechless* – rayuan kepada bapanya untuk menjalani pembedahan jantung
  • *The Edge Of Glory* – penghormatan kepada datuk dan neneknya
  • *Dope* – pengalaman ketagihan kanabis dan alkohol
  • *Do What You Want* – sindiran kepada tabloid yang mengeji beliau
  • *ARTPOP* – luahan cintanya terhadap muzik
  • *Gypsy* – pengalaman merantau dunia semasa jelajah konsert

Beliau menjadi ikon remaja melalui lagu-lagu seperti *Born This Way*, *Hair*, dan *Scheiße*, yang memupuk keyakinan diri. Namun, karya Lady Gaga juga tidak terlepas daripada kontroversi, misalnya lagu *Judas*, *Do What You Want*, dan video *Black Jesus + Amen Fashion*. Beliau juga menulis dan mengarah beberapa video muzik sendiri, termasuk *Telephone* (duet bersama Beyonce), *Judas*, *G.U.Y.*, dan *Marry The Night*.

Dalam bidang fesyen, Lady Gaga terkenal dengan gaya eksentrik semasa acara karpet merah. Contohnya, busana daging mentah (*Meat Dress*), pakaian kertas, pakaian getah, kasut tumit tinggi 10 inci, dan rambut palsu berlampu. Dari tahun ke tahun, kematangan beliau semakin terserlah melalui gubahan lagu dan fesyen.

Gaga semasa konsert Super Bowl ke-51 di Houston, Texas
Lady Gaga di awal karier bersama Lady Starlight, 2007

Lady Gaga terkenal dengan gaya pakaian pelik dan seksi yang memberi pengaruh besar kepada peminat dan selebriti lain. Gaya muziknya diilhami oleh artis seperti David Bowie, Queen, serta penyanyi pop terkenal Michael Jackson dan Madonna.Album Mayhem karya Lady Gaga menerima pujian atas keberaniannya menggabungkan elemen muzik pop, tarian, dan eksperimental, yang seterusnya membolehkan beliau merangkul anugerah Album Vokal Pop Terbaik di Anugerah Grammy 2026.[1]


Senarai Album

[sunting | sunting sumber]
Tahun Album Senarai Trek (Edisi Standard) Kulit Album
2008 The Fame
  1. "Just Dance"
  2. "LoveGame"
  3. "Paparazzi"
  4. "Poker Face"
  5. "I Like It Rough"
  6. "Eh, Eh (Nothing Else I Can Say)"
  7. "Starstruck" (feat. Flo Rida & Space Cowboy)
  8. "Beautiful, Dirty, Rich"
  9. "The Fame"
  10. "Money Honey"
  11. "Boys Boys Boys"
  12. "Paper Gangsta"
  13. "Brown Eyes"
  14. "Summerboy"
  15. "Disco Heaven" (Bonus track)
  16. "Again Again" (Bonus track)
2009 The Fame Monster
  1. "Bad Romance"
  2. "Alejandro"
  3. "Monster"
  4. "Speechless"
  5. "Dance in the Dark"
  6. "Telephone" (feat. Beyoncé)
  7. "So Happy I Could Die"
  8. "Teeth"
2011 Born This Way
  1. "Marry the Night"
  2. "Born This Way"
  3. "Government Hooker"
  4. "Judas"
  5. "Americano"
  6. "Hair"
  7. "Scheiße"
  8. "Bloody Mary"
  9. "Black Jesus + Amen Fashion"
  10. "Bad Kids"
  11. "Fashion of His Love"
  12. "Highway Unicorn (Road to Love)"
  13. "Heavy Metal Lover"
  14. "Electric Chapel"
  15. "The Queen"
  16. "Yoü and I"
  17. "The Edge of Glory"

Senarai Lagu Terpilih

[sunting | sunting sumber]
  • "Just Dance"
  • "Poker Face"
  • "Bad Romance"
  • "Born This Way"
  • "The Edge Of Glory"
  • "Applause"
  • "Do What U Want"
  • "Marry The Night"
  • "Speechless"
  • "G.U.Y."
  • "Venus"
  • "Alejandro"
  • "Telephone" (feat. Beyoncé)
  • "Till It Happens To You"
  • "Shallow" (duet Bradley Cooper)

Siri Jelajah Konsert

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Jelajah Jumlah Persembahan Kutipan
2009 The Fame Ball Tour 83 $347,860
2009–2011 The Monster Ball Tour 203 $227.4 juta
2012–2013 Born This Way Ball 98 $183.9 juta
2014 ArtRave: The Artpop Ball 79 $83 juta
2014–2015 Cheek to Cheek Tour (bersama Tony Bennett) 36 $15.3 juta

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
    1. ^ Siti Safiyyah (2 Februari 2026). "Lady Gaga Raih Best Pop Vocal Album Melalui "Mayhem"". Artist News Daily. Dicapai pada 9 Februari 2026.