Bioko Norte

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bioko Norte
Lokasi Bioko Norte
Koordinat: 3°40′48″N 8°46′48″E / 3.68000°N 8.78000°E / 3.68000; 8.78000Koordinat: 3°40′48″N 8°46′48″E / 3.68000°N 8.78000°E / 3.68000; 8.78000
NegaraGuinea Khatulistiwa
Ibu kotaRebola
Keluasan
 • Jumlah776 km2 (300 batu persegi)
Penduduk
 (2015)
 • Jumlah300,374
 • Kepadatan390/km2 (1,000/batu persegi)
Kod ISO 3166GQ-BN

Bioko Norte (Sebutan Sepanyol: [ˈbjoko ˈnoɾte]) ialah sebuah wilayah di Guinea Khatulistiwa. Ia merupakan wilayah dengan jumlah penduduk kedua terbanyak di negara selepas Wele-Nzas. Kedua-dua ibu kota negara Malabo serta ibu kota wilayah, Rebola, terletak di sini. Dengan kawasan perhutanan yang besar, kawasan selatan pusat wilayah termasuk dalam Parque Nacional del Pico Basilé, taman negara seluas 330 kilometer persegi (130 bt2) yang ditubuhkan pada tahun 2000.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Islotes Horacio, Bioko Norte

Bioko Norte menduduki bahagian utara pulau Bioko, dengan selebihnya di bawah pentadbiran Bioko Sur. Di bahagian utara ialah ibu kota wilayah, Rebola dan ibu negara, Malabo. Petempatan Santiago de Baney yang lebih kecil terletak di bahagian timur laut wilayah itu.[1] Di pantai timur laut ialah resort Sipopo, yang mengandungi 200 bilik hotel oleh rangkaian hotel Sofitel, Sofitel Malabo Sipopo Le Golf.[2] Kampung Basupu terletak di barat laut Malabo.[1]

Wilayah ini secara kebanyakannya berhutan dengan pembangunan yang sedikit. Di kawasan perhutanan Rebola, Baney dan Lembah Moka, ada periuk api.[3] Kawasan Parque Nacional del Pico Basilé adalah berbukit dan berhutan.[1] Taman negara ini merangkumi kawasan tengah pusat wilayah ini dan bahagian utara Bioko Sur. Taman ini seluas 330 kilometer persegi (130 bt2), dan ditubuhkan pada tahun 2000.[4] Pulau Islote Horacio yang tidak berpenghuni (3°45′33″N 8°54′30″E / 3.75917°N 8.90833°E / 3.75917; 8.90833) terletak di timur laut pesisir.[1]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Wilayah ini memiliki populasi orang Bubi yang ketara, dan bertutur dalam bahasa Bubi.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Google Inc. Google Maps – Bioko Norte (Peta). Kartografi oleh Google, Inc. https://www.google.com/maps/place/Parque+Nacional+del+Pico+Basil%C3%A9+o+Pico+Santa+Isabel,+Equatorial+Guinea/@3.6612964,8.7771497,23347m/data=!3m1!1e3!4m5!3m4!1s0x106421e9a1c5440b:0x4e9ed8253e469d2b!8m2!3d3.639689!4d8.7701797?hl=en. Diperolehi 7 November 2016.
  2. ^ "Sofitel Malabo Sipopo Le Golf". Sofitel. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 June 2018. Dicapai pada 7 November 2016.
  3. ^ Landmine Monitor Report 2002: Toward a Mine-free World. Human Rights Watch. 2002. m/s. 248. ISBN 978-1-56432-277-7.
  4. ^ "Pico de Basile National Park". Protectedplanet.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2018. Dicapai pada 7 November 2016.
  5. ^ Tortora, Christina; Dikken, Marcel den; Montoya, Ignacio L. (15 February 2016). Romance Linguistics 2013: Selected papers from the 43rd Linguistic Symposium on Romance Languages (LSRL). New York: John Benjamins Publishing Company. m/s. 238. ISBN 978-90-272-6768-9.