Bosco Wong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bosco Wong
BoscoWong2007.jpg
Nama Cina黃宗澤 (Tradisional)
Nama Cina黄宗泽 (Ringkas)
Pinyinhuáng zōngzé (Mandarin)
Jyutpingwong4 zung1 zaak6 (Kantonis)
AsalHong Kong Hong Kong
PekerjaanPelakon

Bosco Wong (Cina Tradisional: 黃宗澤, dilahirkan 13 Disember, 1980) ialah seorang pelakon dari Hong Kong di bawah naungan TVB.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Wong dalam bidang seni bermula pada tahun 1998 apabila beliau ditemui oleh seorang agen pencari bakat dan ditawarkan untuk membintangi iklan komersial bagi sejenis minuman ringan. Iklan ini telah memperkenalkan Wong kepada TVB yang kemudiannya menghubungi Wong untuk sesi uji bakat. Sebaik sahaja Wong menamatkan persekolahannya(HK Form 7) pada tahun 1999 beliau memilih untuk memulakan kerjayanya di TVB berbanding mengejar impian asalnya untuk menjadi seorang chef. Sebahagian besar tugas Wong buat beberapa tahun pertamanya di TVB adalah mengacarakan beberapa program hiburan dan apabila diberi peluang Wong turut menimba pengalaman dengan melakonkan watak-watak kecil(cameo) untuk beberapa drama TVB.[1]

Peluang untuk Wong menyerlah sebagai pelakon TV terbuka pada tahun 2003 setelah beliau ditawarkan memegang salah satu watak pembantu di dalam projek mega TVB Triumph in the Skies dan siri remaja Aqua Heroes. Wong kemudiannya ditawarkan sebagai watak utama dalam drama kung-fu Wong Fei Hung - Master of Kung Fu pada tahun berikutnya. Bintang Wong sebagai seorang pelakon kian terserlah setelah beliau membintangi siri drama Wars of In Laws pada tahun 2005 yang turut melayakkannya merangkul anugerah "Most Improved Actor Award"(Pelakon lelaki dengan peningkatan paling baik) pada tahun yang sama. Kemudiannya, berbekalkan watak mencabar dan lakonan yang semakin baik dalam drama Dicey Business, Wong semakin dikenali dan menyinar sebagai pelakon yang meningkat naik dalam industri TV di Hong Kong.[2]. Tidak berhenti setakat ini sahaja, Wong turut berusaha melebarkan sayap beliau dalam bidang seni dengan memetrai kontrak bersama sebuah syarikat rakaman dan merakamkan EP pertama beliau pada penghujung 2008.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Drama TVB[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Info
2000 Lost In Love Cameo
At the Threshold of an Era II Cameo
2001 The Awakening Story Cameo
2002 Slim Chances Cameo
Burning Flame II Cheung Li Hei (張利喜) Watak Sampingan
2003 Aqua Heroes Chui Siu Lui, Louis (塗少磊)
Find the Light Tam Chi Tong (譚嗣同)
Triumph in the Skies Chris Tse (謝立豪)
2004 To Love with No Regrets Luk Maan Tau (陸萬斗)
The Last Breakthrough Tung Chi Sum (童子琛)
Wong Fei Hung - Master of Kung Fu Wong Fei Hung (黃飛鴻)
2005 Wars of In-Laws Ling Mau Chun (甯茂春)
Life Made Simple Chung Zi Chung, Michael (鍾子聰)
2006 Lethal Weapons of Love and Passion Han Pak (韓 柏)
Under the Canopy of Love Kuen Lik, Nick (權 力)
Au Revoir Shanghai Shek Sai Gau (石世九) Edaran Luar Negara sahaja
Dicey Business Chi Foon Lok (齊歡樂) / Cheung Lai Fu (張來富)
The Price of Greed Lui To (呂 濤) Edaran Luar Negara/TVB Pay Vision sahaja
2007 Heart of Greed Tong Chi Yat, Gilbert (唐至逸)
Devil's Disciples Shing Fung/Sze Ma Fung (成風/司馬風)
2008 Wars of In-Laws II Gwo Duk, Kyle (戈德)
The Seventh Day Hui Wai Yan, Don (許懷仁)
Moonlight Resonance Ling Chi Shun (凌至信)
The Gem of Life Ho Tai Chuen, William (何泰川)
2009 Burning Flame III Fong Lee Hon (方履安)

Video Muzik[sunting | sunting sumber]

Tajuk Penyanyi
One Hit and Spread (一拍兩散) Joey Yung
Technical Defeat (技術性擊倒) Yumiko Cheng
Leisure Journey (漫游) Yennis Cheung
Why Continue to Love (為何要繼續愛) Ivy Koo
Change of Season (換季) Michelle Cheng
Black Neck Tie (黑色領帶) Daniel Chan
A Moment of Release (一息間的放從) Sharon Chan

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu Tema Drama TVB[sunting | sunting sumber]

Tajuk Drama Info
家規 Lagu Tema Wars of In-Laws Nyanyian bersama Liza Wang and Myolie Wu
無人愛 Lagu Tema Au Revoir Shanghai
第幾天 Lagu Tema Kedua Dicey Business
角色 Lagu Tema The Price of Greed
強劍 Lagu Tema Devil's Disciples Nyanyian bersama Kevin Cheng
感激遇到你 Lagu Tema Kedua Wars of In-Laws II Nyanyian bersama Myolie Wu

Lagu Kanak-Kanak TVB[sunting | sunting sumber]

Tajuk Program Info
哪吒傳奇 Lagu Tema "Legend of Na-Zha"
神話 Lagu Tema "Greek Gods"
軍曹 Again Lagu Tema "KERORO Again"
微微笑 Lagu Tema "KERORO軍曹" Nyanyian bersama Kevin Cheng

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Tajuk Program Info
奧運六星 - 遇強越勇 Lagu Tema Sukan Olimpik Athens 2004(TVB) Nyanyian bersama Raymond Lam, Ron Ng, Sammul Chan, Kenneth Ma, Lai Lok Yi
奧運六星 - 乘風破浪 Lagu Sukan Olimpik Athens 2004(TVB) Nyanyian bersama Raymond Lam, Ron Ng, Sammul Chan, Kenneth Ma, Lai Lok Yi
全城投入電視廣播新里程 - 算你狠 Lagu Komersial TV City Nyanyian bersama Jack Wu
Put Your Hands Up Lagu Tema Piala Dunia FIFA 2006(TVB) Nyanyian bersama Raymond Lam, Ron Ng, Kevin Cheng

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • [2005 38th TVB Anniversary]: Most Improved Actor Award (Pelakon Lelaki paling banyak Peningkatan), Ling Mau Chun dalam Wars of In-Laws
  • [2006 Metro ShowBiz TV Awards]: Most Popular Male Actor (Pelakon Lelaki Paling Popular)
  • [2006 Annual Artiste Award]: Best TV Actor Award (Pelakon TV Terbaik - Gangsa)
  • [2006 TVB Popularity Awards]: Top Ten Most Popular TV Character (10 Peranan TV Paling Popular), Ling Mau Chun dalam Wars of In-Laws
  • [2006 TVB Popularity Awards]: Most Popular On-Screen Couple (Pasangan Paling Popular dalam Drama) - Bosco Wong dan Myolie Wu
  • [2007 Esquire Magazine Awards]: Most Promising Star (Artis paling Berpotensi)
  • [2007 Yahoo Popularity Awards]: Most Searched Rising-Popularity Artiste (Artis meningkat popular paling banyak carian di web)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]