Brabançonne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Brabançonne
De Brabançonne
Das Lied von Brabant
Partition9.jpg
Penutup skor muzik Brabançonne, sekitar tahun 1910

Lagu kebangsaan  Belgium
LirikAlexandre Dechet dan Constantin Rodenbach (versi asal, 1830)
Charles Rogier (versi terkini, 1860)
MuzikFrançois Van Campenhout, 1830
Digunapakai1860, teks terkini pada 1921
Sampel audio
Brabançonne (Instrumental)

La Brabançonne [la bʁabɑ̃sɔn; la bra-bang-son] ("Lagu Brabant", Bahasa Belanda: De Brabançonne; Bahasa Jerman: Das Lied von Brabant) merupakan lagu kebangsaan Belgium.

Lagu kebangsaan ini mempunyai tiga versi dalam tiga bahasa rasmi negara ini iaitu bahasa Belanda, bahasa Perancis dan bahasa Jerman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lagu ini dipercayai ramai digubah pada September 1830 oleh seorang pemuda bernama Alexandre Dechet atau nama pentasnya Jenneval, seorang pelakon teater dan revolusioner yang menukil serta membacakan lirik dalam suatu perjumpaan di kafe l'Aigle d'Or pada Ogos 1830 mengambang peristiwa Revolusi Brabant yang menjurus kepada kemerdekaan Belgium daripada Belanda.

Irama lagu ini pula digubah François van Campenhout adaptasi lagu L'Air des lanciers polonais ("gita penombak Poland") karya Eugène de Pradel; karya tersebut sendirinya datang daripada lagu L'Air du magistrat irréprochable dalam suatu kompilasi lagu La Clé du caveau yang asalnya bertujuan untuk majlis minum.[1][2]

Lagu ini pertama kali dipersembahkan pada bulan September tahun sama. Ia dirasmikan sebagai lagu kebangsaan kerajaan Belgium yang baharu pada 1860 dengan sedikit pengolahan oleh perdana menteri negara tersebut pada ketika itu, Charles Rogier.

Lirik[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Perancis[sunting | sunting sumber]

O Belgique, ô mère chérie,

A toi nos coeurs, à toi nos bras,
A toi notre sang, ô Patrie !
Nous le jurons tous, tu vivras !
Tu vivras toujours grande et belle
Et ton invincible unité
Aura pour devise immortelle :
Le Roi, la Loi, la Liberté ! (3 x)

Terjemahan
Wahai Belgium, ibu tercinta,

Kepada anda hati kita, kepada kamu lengan kita,
Kepada kamu darah kita, wahai Tanah Air!
Kami bersumpah, anda akan hidup!
Anda akan sentiasa hidup besar dan cantik
Dan perpaduan kamu yang tidak mampu dikalahkan
akan bercogan kata abadi:
Raja, Undang-Undang, Kebebasan! (3 x)

Dalam bahasa Belanda[sunting | sunting sumber]

O dierbaar België

O heilig land der vaad'ren
Onze ziel en ons hart zijn u gewijd.
Aanvaard ons hart en het bloed van onze adren,
Wees ons doel in arbeid en in strijd.
Bloei, o land, in eendracht niet te breken;
Wees immer u zelf en ongeknecht,
Het woord getrouw, dat ge onbevreesd moogt spreken:
Voor Vorst, voor Vrijheid en voor Recht! (3 x)

Terjemahan
Wahai Belgium dicintai

wahai tanah datuk moyang kami yang suci
Padamu hati, darah dan kudrat kami!
Kami bersumpah yang engkau akan kekal,
Kekal selamanya, agung dan indah!
Wahai tanah air, dalam ikatan kukuh
Sentiasa dirimu tidak tunduk.
Coganmu kekal diperkatakan:
Untuk Raja, untuk Kebebasan, dan Keadilan! (3 x)

Dalam bahasa Jerman[sunting | sunting sumber]

O liebes Land, o Belgiens Erde,

Dir unser Herz, Dir unsere Hand,
Dir unser Blut, o Heimaterde,
wir schwören's Dir, o Vaterland!
So blühe froh in voller Schöne,
zu der die Freiheit Dich erzog,
und fortan singen Deine Söhne:
Gesetz und König und die Freiheit hoch! (3x)

Terjemahan
Wahai tanah dicintai, bumi Belgium

Hati kami demimu, tangan kami demimu,
Darah kami demimu, wahai Tanah Lahir
Kami bersumpah demimu, wahai Tanah Air!
Betapa riang cantik rupamu
yang diajarkan Kebebasan.
Maka anak-anakmu akan selamanya menyanyi:
dirgahayu Undang-undang, Raja dan Kebebasan! (3 x)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Courrier des Pays-Bas: La Brabançonne". Dicapai pada 3 April 2013.
  2. ^ Francis Martens, La Belgique en chantant, pp. 19–40, in Antoine Pickels and Jacques Sojcher (eds.), Belgique: toujours grande et belle, issues 1–2, Éditions Complexe, Brussels, 1998

Pautan luar[sunting | sunting sumber]