Brahim's

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brahim's
Jenis produkMakanan sedia dimakan
PemilikBrahim's Holdings Berhad
Negara asalMalaysia
Diperkenalkan1986
PasaranSeluruh dunia (dengan pasaran bertumpu kepada Malaysia)
Laman sesawangwww.brahimsgroup.com

Brahim's Holdings Berhad, menjalankan perniagaan sebagai Brahim's ialah jenama makanan dan penyedia katering industri halal Malaysia. Syarikat ini terkenal dengan produk makanan sedia untuk dimakan serta hidangan masakan seperti kuah dan pelbagai jenis nasi yang disediakan dalam bentuk pek kantung. Brahim's juga menyediakan perkhidmatan katering dalam pesawat dan restoran.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Brahim's diasaskan pada tahun 1986 oleh Haji Ibrahim Ahmad Badawi, adik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi. Ibrahim merupakan bekas pensyarah universiti dan memiliki kepakaran dalam penyelidikan makanan dan pertanian.[1]

Di awal penubuhannya, Brahim's pada mulanya hanya mengeluarkan makanan pek berstatus halal untuk tentera di serata dunia, sebelum dipasarkan kepada umum. Syarikat ini juga telah mengorak langkah di awan biru dengan perniagaaan katering penerbangan bersama Penerbangan Malaysia yang merupakan klien utamanya dan 36 syarikat penerbangan lain.[1][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "KENALI JENAMA BRAHIM'S YANG DAHULUNYA PEMBEKAL PEK MAKANAN TENTERA". PUBI Perak. 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  2. ^ Aniza Zainudin (14 Januari 2018). "Setiap hidangan tepati standard". Harian Metro. Dicapai pada 29 Jun 2018.
  3. ^ Sharidan M. Ali (27 Ogos 2014). "Brahim's profit hit on decline in in-flight catering business" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 29 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]