Bronok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bronok Langkawi.

Beronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides[1], ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah.

Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.

Perihal lain[sunting | sunting sumber]

Bronok juga merupakan nama sejenis kuih di Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]