Bud Luckey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bud Luckey
Kelahiran
William Everett Luckey

(1934-07-28)28 Julai 1934
Meninggal dunia24 Februari 2018(2018-02-24) (umur 83)
Newtown, Connecticut, A.S.
WarganegaraAmerika
PendidikanInstitut Kesenian Chouinard
Pusat pendidikanUniversiti California Selatan
PekerjaanAnimator, kartunis, penyanyi, pemuzik, pereka, komposer, artis, pelakon suara
Tahun aktif1957–2014
MajikanPixar Animation Studios (1990-2014)
Anak-anakAndy Luckey
AnugerahAnugerah Annie (2004)
Anugerah Clio (1966)
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1953–1957
PangkatSarjan
UnitTentera Udara Amerika Syarikat

William Everett "Bud" Luckey (28 Julai 1934 - 24 Februari 2018) ialah seorang animator, kartunis, penyanyi, pemuzik, pereka, komposer, artis dan pelakon suara Amerika Syarikat. Beliau bekerja di studio animasi Pixar, di mana beliau bekerja sebagai pereka watak dalam beberapa filem, termasuk Toy Story, Boundin, Toy Story 2, A Bug's Life, Monsters, Inc, Finding Nemo, Cars dan Ratatouille. Luckey juga ialah suara Rick Dicker dalam The Incredibles, Chuckles the Clown dalam Toy Story 3 dan sebagai Eeyore dalam Winnie the Pooh (2011).

Pada tahun 2004, Luckey mengarahkan dan menulis filem pendek Pixar Boundin', yang mana beliau juga menyusun muzik dan tampil sebagai pencerita dan penyanyi solo. Ia memenangi Anugerah Annie dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Filem Pendek Animasi Terbaik.

Luckey terus bekerja sebagai pelakon suara watak dalam filem Disney dan Pixar sehingga beliau bersara pada tahun 2014.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

William Everett Luckey dilahirkan di Billings, Montana pada 28 Julai 1934.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Februari 2018, Luckey meninggal di rumahnya di Newtown, Connecticut akibat strok pada usia 83 tahun. Incredibles 2 didedikasikan dalam ingatannya.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Bud Luckey, Oscar-Nominated Animator Who Designed Woody for 'Toy Story,' Dies at 83". The Hollywood Reporter. February 25, 2018. Dicapai pada February 25, 2018.
  2. ^ "Bud Luckey". Montana Kids. Montana Office of Tourism. Dicapai pada August 7, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]