Pergi ke kandungan

The Incredibles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Incredibles
PengarahBrad Bird
PenulisBrad Bird
Dihasilkan olehJohn Walker
DibintangiCraig T. Nelson
Holly Hunter
Sarah Vowell
Spencer Fox
Jason Lee
Samuel L. Jackson
Elizabeth Peña
Brad Bird
SinematografiAndrew Jimenez
Patrick Lin
Janet Lucroy
Disunting olehStephen Schaffer
Muzik olehMichael Giacchino
Diedarkan olehBuena Vista Pictures Distribution[1]
Tarikh tayangan
Masa tayangan
115 minit[2]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$92 juta[3]
Pecah panggung$631,442,092[3]

The Incredibles ialah sebuah filem cetera animasi komputer Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh Pixar untuk Walt Disney Pictures pada 2004 dan juga pemenang Anugerah Academy, yang mengisahkan sekeluarga adiwira. Filem ini dikarang dan diarah oleh Brad Bird, seorang bekas pengarah The Simpsons yang sebelum ini paling dikenali kerana mengarah filem animasi The Iron Giant pada tahun 1999. The Incredibles asalnya dimajukan sebagai filem animasi tradisional untuk Warner Bros., tetapi selepas Warner menutup bahagian animasinya, Bird beralih ke Pixar dan membawa bersama ceritanya.[4][5][6]

The Incredibles ialah filem cetera Pixar keenam yang dipersembahkan oleh Walt Disney Pictures dan dikeluarkan oleh Buena Vista Distribution di Amerika Utara pada 5 November 2004, dan juga filem Pixar pertama yang diklasifikasi "PG" (bimbingan ibu bapa) oleh MPAA dan juga filem Pixar pertama yang menampilkan barisan watak-watak manusia sepenuhnya.

Templat:Spoiler Pada tahun 1960-an,[7][8][9] setelah suatu usaha menyelamatkan tren menyebabkan suatu bencana dengan seratus orang cedera, timbulnya tuntutan mahkamah tanpa henti yang memaksa para adiwira (Supers) menyertai rancangan tajaan pemerintah yang mirip perlindungan saksi yang mensyaratkan semua adiwira dalam negara menghentikan semua kerja menyelamat ereka.

15 tahun kemudian, dua orang adiwira, Mr. Incredible (Craig T. Nelson) dan Elastigirl (Holly Hunter) sudah berkahwin dan menjalani kehidupan normal berpengenalan sebagai Bob dan Helen Parr. Mereka berumah di pinggir bandar dan membesarkan tiga orang anak bernama Violet (Sarah Vowell), Dashiell ("Dash") (Spencer Fox) dan bayi Jack-Jack (Eli Fucile). Violet dan Dash memiliki kuasa luar biasa macam ibu bapa mereka, tetapi Jack-Jack seolah normal.

Suatu hari, Bob murung kerana dipecat dari syarikat Insuricare, sehingga Mirage (Elizabeth Peña), seorang ejen misteri, menghubungi Bob dan menawarkannya satu kerja yang bergaji amat lumayan: menewaskan robot pengkhianat Omnidroid 8000 yang mengamuk di pulau gunung berapi Nomanisan yang tersembunyi. Bob terus menyahut cabaran ini sambil menyorok pemecatannya dan kembalinya ke kerja adiwira. Bob berjaya menewaskan robot itu dan meminta khidmat Edna Mode untuk membaiki pakaian supernya.

Dua bulan kemudian, Mirage memanggil Bob dengan tugasan baru. Helen mendengar perbualan ini, tetapi tidak sedar apa yang dibualkan mereka. Sekembali Bob ke pulau itu, dia diserang hendap dan ditewaskan oleh versi diperkukuh robot prototaip Omnidroid, lalu dijadikan tebusan Syndrome (Jason Lee); seorang peminat Mr. Incredible sewaktu muda bernama Buddy Pine yang hendak menjadi pembantunya namun berpaling tadah selepas kecewa dengan sikap angkuh Mr Incredible. Di rumah pula, Helen perasan sut super Bob telah dibaiki. Dia melawat Edna dan menyedari bahawa Bob kembali menjadi adiwira. Apabila menghubungi Insuricare dia juga mendapati Bob tidak bekerja di sana lagi. Edna juga mereka sut super untuk Helen dan anak-anak, lalu memesan Helen agar mengawal situasi.

Barisan pelakon suara asal

[sunting | sunting sumber]
PelakonSebagai
Maeve AndrewsJack Jack Parr (raksasa)
Brad BirdEdna "E" Mode
Wayne CanneyPrincipal
Kimberly Adair ClarkHoney
Spencer FoxDashiell Parr, aka Dash
Eli FucileJack Jack Parr (manusia)
Holly HunterHelen Parr, aka Elastigirl
Samuel L. JacksonLucius Best aka Frozone
Jason LeeBuddy Pine, aka Buddy Pine (Syndrome), aka Incrediboy
Dominique LouisBomb Voyage
Bud LuckeyRick Dicker
Craig T. NelsonBob Parr, aka Mr. Incredible
Teddy NewtonPengulas Newsreel
Bret 'Brook' ParkerKari McKeen
Elizabeth PeñaMirage
John RatzenbergerThe Underminer
Lou RomanoBernie Kropp
Wallace ShawnGilbert Huph
Jean SincereMrs. Hogenson
Sarah VowellViolet Parr

Barisan pengalih suara (Bahasa Melayu)

[sunting | sunting sumber]
PelakonSebagai[10]
Jamalludin ZakariaBob Parr, aka Mr. Incredible
Azizah JaisHelen Parr, aka Elastigirl
Fakhrul RazaliDashiell Parr, aka Dash
Noorhayati Maslini binti OmarViolet Parr
Rahim KedolLucius Best aka Frozone
Mohd Azizul Sani Mohd SallehBuddy Pine, aka Buddy Pine (Syndrome), aka Incrediboy
Zairaini SarbiniEdna "E" Mode
Izwanna SulaimanMirage
Masny SallehHoney
Zahisham bin UjangBomb Voyage
Sharul Nizam SamsudinRick Dicker
Zahisham bin UjangPengulas Newsreel
Rahim KedolThe Underminer
Zahisham bin UjangBernie Kropp
Zahisham bin UjangGilbert Huph
Masny SallehMrs. Hogenson
  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "IncrediblesAFI"
  2. "THE INCREDIBLES". British Board of Film Classification.
  3. 1 2 "The Incredibles (2004)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada 2 Ogos 2013.
  4. Acuna, Kirsten (June 12, 2018). "'The Incredibles' actually takes place decades ago — here's the moment that proves it". ThisIsInsider.com. Insider Inc. Dicapai pada November 19, 2018.
  5. "The One Thing You Never Noticed About The Incredibles". Oh My Disney. Dicapai pada November 19, 2018.
  6. "Hold up, The Incredibles is Set in 1960's?". Star 104.5. Dicapai pada November 19, 2018.
  7. Acuna, Kirsten (June 12, 2018). "'The Incredibles' actually takes place decades ago — here's the moment that proves it". ThisIsInsider.com. Insider Inc. Dicapai pada November 19, 2018.
  8. "The One Thing You Never Noticed About The Incredibles". Oh My Disney. Dicapai pada November 19, 2018.
  9. "Hold up, The Incredibles is Set in 1960's?". Star 104.5. Dicapai pada November 19, 2018.
  10. "Senarai pelakon suara The Incredibles - Bahasa Melayu". Facebook. Dicapai pada 1 Januari 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]