Bukit Raja

Bukit Raja merupakan sebuah kawasan mukim yang terletak di antara persempadanan daerah Petaling dan Klang di negeri Selangor, Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kawasan Bukit Raja terdiri daripada beberapa kawasan di sebelah barat dan utara bandaraya Shah Alam, iaitu Seksyen 7, Setia Alam (Seksyen U13), Denai Alam (Seksyen U16), Bukit Subang (Seksyen U16), Alam Budiman (Seksyen U10), Puncak Perdana (Seksyen U10), Bukit Bandaraya (Seksyen U11), dan Taman Botani Negara Shah Alam.[1][2]
Walaubagaimanapun, pada masa kini Bukit Raja sering dikaitkan dengan beberapa kawasan dalam Klang, yang terdiri daripada kawasan perindustrian yang berhampiran dengan Bandar Baru Klang dan Lebuhraya Persekutuan serta tanah perladangan kelapa sawit yang dahulunya dipunyai oleh Sime Darby Plantations.[perlu rujukan]
Permodenan perbandaran
[sunting | sunting sumber]Bukit Raja pada masa kini telah diperluaskan ke persempadanan Setia Alam dengan pembangunan projek perumahan dan perindustrian Bandar Bukit Raja oleh pihak pembangun utama iaitu Sime Darby Property dan merangkumi tanah seluas 4,405 ekar (1,783 he). Fasa pertama Bandar Bukit Raja dilancarkan pada tahun 2002 dan sejak itu telah melaksanakan pelbagai projek kediaman yang terdiri daripada rumah mampu milik, sederhana dan mewah serta pusat-pusat komersial.[3]
Sehingga tahun 2020, perbandaran ini telah berkembang sehingga Jalan Sungai Puloh dan akan terus membangun ke utara sehingga persimpangan Kapar (atau dinamakan persimpangan Bandar Bukit Raja Utara) pada Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).[4] Kira-kira separuh daripada perbandaran digunakan untuk tujuan perindustrian.[5]
Perindustrian
[sunting | sunting sumber]Beberapa syarikat terkenal yang terletak di dalam kawasan perindustrian Bukit Raja termasuk Mox-Linde Gases Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembekal gas industri dan sebuah kilang pembuatan Toyota untuk pemasangan kenderaan Toyota seperti Vios, Yaris, dan Corolla Cross.[6][7]
Sebuah hospital swasta iaitu Columbia Asia Hospital Klang juga terletak di dalam perbandaran ini.
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Jalan raya
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa jalan raya utama yang menghubungkan Bukit Raja dengan perbandaran-perbandaran sekeliling termasuk FT 3217 (Jalan Meru), FT 02 Lebuhraya Persekutuan, E30 Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru (Lebuhraya Grand Sepadu) dan E32 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat.
Rel
[sunting | sunting sumber]Kawasan Bukit Raja dikhidmat oleh sistem transit aliran ringan (LRT) Laluan Shah Alam melalui stesen-stesen berhampiran yang terdiri daripada stesen Bandar Baru Klang dan stesen Pasar Klang yang telah dibuka secara rasmi pada 29 Jun 2026.[8][9]
Menjelang tahun 2031, stesen Bukit Raja Selatan bakal beroperasi dan akan memberikan perkhidmatan terus kepada penduduk dan pekerja di kawasan perindustrian Bukit Raja di bawah Shah Alam.[10][11] Pada waktu ini, kawasan ini lebih mudah diakses melalui stesen Seksyen 7 Shah Alam yang terletak kira-kira 1 kilometer ke arah tenggara.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "PROFIL DAERAH" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-12-20.
- ↑ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah, Unique Parcel Identifier (UPI) SELANGOR" (PDF). Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM). 2011.
- ↑ "EdgeProp.my".
- ↑ "Bandar Bukit Raja by Sime Darby Property".
- ↑ "Bandar Bukit Raja sets the trend for modern industrial parks". 2019-05-13.
- ↑ "UMW Toyota's Bukit Raja Plant Explained". 28 June 2019.
- ↑ "UMW Toyota to CKD locally assemble hybrid models - Corolla Cross, Corolla sedan, Camry are possibilities - paultan.org". July 6, 2021.
- ↑ Lee, Benjamin (2026-06-22). "LRT3 Shah Alam Line to begin service on June 29". TheStar.
- ↑ "LRT3 line to begin operations end-June, says Loke". The Edge Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-15. Dicapai pada 2026-06-16.
- ↑ "Five LRT3 stations back on track". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-28. Dicapai pada 2026-06-28.
- ↑ "Seven more train sets to be procured for LRT Shah Alam Line, says Loke". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-28. Dicapai pada 2026-06-29.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Untuk menyertai Forum Komuniti Penduduk Bandar Bukit Raja, silalah ke http://www.bukitraja.net/ Diarkibkan 2009-07-03 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.