Bulan purnama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar bulan purnama dilihat melalui teleskop Schmidt-Cassegrain 9.25 inci. Bulan penuh ini berhampiran latitud ekliptik utara paling besar, dengan itu kawah selatan amat jelas dilihat.

Bulan purnama atau bulan penuh merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan berada di sebelah Bumi yang bertentangan dengan Matahari. Lebih tepat lagi, bulan penuh berlaku apabila longitud ketara geopusat (ekliptik) bagi Matahari dan Bulan berbeza sekitar 180 darjah; ketika itu Bulan berada bersetentangan dengan Matahari.[1] Gerhana bulan hanya boleh kelihatan semasa bulan purnama.

Seperti dilihat dari Bumi, hemisfera Bulan yang mengadap bumi (bahagian Bulan yang hampir) hampir diterangi sepenuhnya oleh Matahari dan kelihatan bulat. Hanya semasa bulan penuh bahagian hemisfera Bulan yang bersetentangan, yang tidak kelihatan dari Bumi (bahagian jauh Bulan), gelap sepenuhnya.

Julat masa antara fasa bulan yang serupa—bulan sinod—puratanya sekitar 29.53 hari. Dengan itu, dalam takwim qamari dalam mana setiap bulan bermula dengan anak bulan, bulan purnama jatuh pada sekitar hari ke-14 atau 15 bulan qamari. Oleh kerana bulan qamari memiliki hari penuh, bulan qamari boleh sepanjang 29 atau 30 hari.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Gambar komposit Bulan seperti yang di ambil oleh kapal angkasa peninjau Galileo pada 7 Disember 1992. Warnanya di 'pertingkat' dari segi kamera CCD sensitif kepada panjang gelombang cahaya hampir infra melampaui pandangan manusia.

Bulan penuh sering kali difikirkan satu kejadian yang berlaku sepanjang malam. Ini adalah mengelirukan, kerana Bulan dilihat dari Bumi nerterusan menjadi lebih besar atau lebih kecil (sungguhpun terlalu perlahan untuk disedari dengan menggunakan mata kasar). Saiz maksima mutlaknya berlaku pada saat pembesaran berhenti, dan apabila di graf, sudut tepatnya adalah sifar. Bagi setiap keduduk yang diberikan, sekitar separuh dari bulan purnama maksima mutlak berpontisi kelihatan, kerana separuh lagi berlaku pada waktu siang, ketika bulan purnama berada di bawah ufuk. Kebanyakan almanak menyenaraikan bulan purnama bukan sahaja menurut tarikh, tetapi juga waktu yang tepat, biasanya menurut Waktu Semesta Berkoordinat (UTC). Takwim bulan biasa yang memasukkan fasa bulan mungkin lari satu hari sekiranya ia bertujuan untuk digunakan bagi zon waktu berlainan.

Bulan purnama biasanya waktu yang kurang tepat bagi melakukan pemantauan astronomi, kerana cahaya matahari terang yang dipantulkan oleh bulan mengatasi cahaya yang lebih malap dari bintang.

Pada 12 Disember 2008 bulan penuh berlaku berhampiran dengan Bumi berbanding sebelumnya sepanjang 15 tahun yang lalu.[2]

Formula[sunting | sunting sumber]

Tarikh dan masa bulam purnama tertentu (menganggap orbit circular) boleh dikira menurut persamaan berikut:[3]

di mana d merupakan bilangan hari sejak 1 Januari 2000 00:00:00 menurut skala Masa Bumi "Terrestrial Time" yang digunakan dalam astranomi ephemerides; bagi Universal Time-(UT) tambah anggaran pembetulan kepada d:

days

di mana N merupakan bilangan bulan purnama sejak bulan purnama pertama sejak 2000. Masa sebenar bulan purnama mungkin berbeza dari anggaran ini sehingga 14.5 akibat orbit bulan yang tidak budar.[4] Lihat anak Bulan bagi penjelasan formula dan parameternya.

Hayat dan saiz kelihatan bulan purnama berbeza dalam kitaran di bawah 14 bulan synodic, yang telah dirujuk sebagai kitaran bulan purnama.


Bulan sedih ("blue moon")[sunting | sunting sumber]

Istilah "bulan sedih" secara tradisi merujuk kepada bulan tambahan dalam sesuatu musim: sekiranya sesuatu musim memiliki empat bulan (berbanding tiga bulan yang biasanya), dengan itu bulan yang ketiga dari empat bulan itu dikenali sebagai bulan sedih.

Definasi salah, bahawa bulan purnama kedua dalam kalander bulan dikenali sebagai bulan sedih, menjadi biasa disesetengah tempat di Amerika Syarikat semasa bahagian kedua abad ke-dua puluh akibat salah tafsir Maine Farmers' Almanac pada March 1946 Majalah Sky & Telescope; ini dibetulkan pada 1999.[5]

Sejak itu terdapat purata 12.37 bulan purnama setahun, "bulan sedih" berlaku pada purata setiap 2.7 tahun (7 kali dalam 19 tahun dalam kitaran Metonic), menurut mana-mana takrifan.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seidelmann, P. Kenneth (2005). "Phases of the Moon". Explanatory Supplement to the Astronomical Almanac. University Science Books. m/s. 478. ISBN 0-935702-68-7. They are the times when the excess of the Moon's apparent geocentric ecliptic longitude λM di atas kemunculan longitude epliptik geocentrik Matahari adalah 0, 90, 180, or 270 ...
  2. ^ Phillips, Tony (9 December 2008). "Biggest Full Moon of the Year". Science@NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-09. Dicapai pada 4 March 2010.
  3. ^ Meeus, Jean (1998). "Phases of the Moon". Astronomical Algorithms (ed. 2nd). Richmond, Virginia: Willmann-Bell. m/s. 349–354. ISBN 0-943396-61-1.
  4. ^ Meeus, Jean (2002). "The Duration of the Lunation". More Mathematical Astronomy Morsels. Richmond, Virginia: Willmann-Bell. m/s. 19–31. ISBN 0-943396-74-3.
  5. ^ Sky and Telescope "What's a blue moon?"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]