Bunga gerbera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bunga gerbera
Gerbera putih dekat
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Asterids
Order: Asterales
Famili: Asteraceae
Subfamili: Mutisioideae
Tribus: Mutisieae
Genus: Gerbera

Gerbera (/ˈɜrbərə/ or /ˈɡɜrbərə/) L. adalah satu genus tumbuhan dari Asteraceae (keluarga daisi). Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang ahli botani dan doktor perubatan Jerman, Traugott Gerber[1] | (1710-1743) yang banyak membuat penjelajahan ke Rusia dan merupakan rakan kepada Carl Linnaeus.[2]

Gerbera adalah tumbuhan asli di kawasana Amerika Selatan, Afrika dan Asia. Perincian saintifik Gerbera telah dibuat oleh J.D. Hooker dalam Curtis's Botanical Magazine pada tahun 1889 apabila beliau memperincikan Gerbera jamesonii, satu spesies yang berasal daripada Afrika Selatan yang juga dikenali sebagai Daisi Transvaal atau Daisi Barberton. Gerbera juga dikenali dengan nama Daisi Afrika.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Hansen, Hans V. A taxonomic revision of the genus Gerbera (Compositae, Mutisieae) sections Gerbera, Parva, Piloselloides (in Africa), and Lasiopus (Opera botanica. No. 78; 1985), ISBN 87-88702-04-9.
  • Nesom, G.L. 2004. Response to "The Gerbera complex (Asteraceae, Mutisieae): to split or not to split" by Liliana Katinas. Sida 21:941-942.
  • Bremer K. 1994: Asteraceae: cladistics and classification. Timber Press: Portland, Oregon.
  1. Gerbera.org
  2. Sunset Western Garden Book, 1995:606–607

Pautan luar[sunting | sunting sumber]