Burung Pekaka Cit-cit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Pekaka Cit-cit
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Coraciiformes
Famili: Alcedinidae
Genus: Alcedo
Spesies: A. atthis
Nama binomial
Alcedo atthis
(Linnaeus, 1758)
     Breeding range
     Resident all year-round
     Non-breeding range
Alcedo atthis

Burung Pekaka Cit-cit (Alcedo atthis) juga dikenali sebagai Burung Pekaka Eurasia, dan Burung Pekaka Sungai, adalah sejenis burung pekaka kecil dengan tujuh sub-spesies yang diakui dengan habitat yang bertaburan luas di Eurasia dan Afrika Utara. Ia tinggal dalam banyak tempat dalam kawasan taburannya tetapi bermigrasi daripada kawasan di mana sungai-sungai akan membeku semasa musim sejuk. Burung pekaka jenis ini merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Alcedo atthis. [2]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Pekaka Cit-cit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Pekaka Cit-cit mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Pekaka Cit-cit terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Burung bersaiz ciak memiliki ekor yang pendek, profil kepala pekaka yang besar; berwarna biru di bahagian atas dan oren di bahagian bawah serta paruh yang panjang. Diet utamanya adalah ikan, yang mana ditangkap dengan cara menyelam dan ia memiliki adaptasi penglihatan khas yang membolehkannya melihat di dalam air. Telurnya yang berwarna putih bersinar akan dieramkan di dalam sarang di tebing-tebing sungai.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Burung Pekaka Cit-cit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z