COOLPIX P510

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

COOLPIX P510 ialah model kamera digital keluaran Nikon yang diperkenalkan pada 31 Januari 2012, yang menembusi halangan zum biasa. COOLPIX P510 memiliki ciri kanta zum kaca NIKKOR dengan 42x Sudut-luas. Julat zumnya yang mengkagumkan menawarkan jarak dari 24mm hingga 1,000mm dengan pestabil gambar Pengurang Getaran ("Vibration Reduction-VR)" optik yang maju bagi memastikan jurugambar mampu menangkap gambar subjek mereka dengan kualiti gambar yang jelas.[1] Dengan jarak tumpuan ("focal length") melampau, keperluan bagi penstabil gambar menjadi perlu bagi gambar dan video HD. Jurugambar diberi kestabilan yang lebih dengan tambahan kawalan zum yang terletak pada sisi laras lens. Ciri ini menjadikan COOLPIX P510 sebagai kamera zum lampau-panjang yang ulung, dengan kanta aparture pantas COOLPIX P510 menjadikannya sebagai teman padat jurugambar yang maju. Ia termasuk dalam kategori kamera perantaraan.

Untuk meningkatkan lagi kualiti gambar dan menangani cabaran keadaan cahaya malap, kamera COOLPIX P510 memasukkan penderia 16.1-megapiksel BSI CMOS yang maju. Menggunakan prestasi pengambaran berterusan kelajuan tinggi (menangkap lima gambar pada resolusi penuh sesaat) pada penderia CMOS dan fokos automatik (AF), COOLPIX P510 memudahkan mengambil gambar walaupun secara seimbas lalu.

Selain itu bagi menangani gegaran dan meningkatkan ketajaman, COOLPIX P510 mencirikan generasi kedua gerak-kanta Pengurang Getaran ("VR-Vibration Reduction"), yang tidak terdapat dalam model COOLPIX P500 sebelumnya. Sungguhpun begitu, tangan yang tetap masih diperlukan dan cahaya yang terang bagi mendapatkan gambar yang baik dari kanta setara 1000mm, kerana bukaan apertur maksima pada tatarajah ini adalah f/5.9.

Kamera padat berciri penuh juga dilengkapi dengan keupayaan GPS bina dalam, membenarkan jurugambar menjejak pergerakan mereka dan menanda kedudukan geotag gambar mereka. COOLPIX P510 juga memiliki keupayaan merakam video Full HD (1080p) dengan bunyi stereo dan keupayaan menggunakan julat zum yang besar semasa rakaman dengan fokos automatik AF bagi video dinamik. Monitor pelbagai sudut 3-inci resolusi tinggi (921,000-titik) memudahkan membidik gambar dan video dari sudut sukar. Tambahan lagi kamera COOLPIX P510 menawarkan pelbagai ciri maju bagi pengguna sofsikated yang inginkan pengendalian licin dengan tuil kawalan yang diletakkan secara intuitif seperti mod dail yang memudahkan penetapan fungsi yang selalu digunakan menurut keadaan.

Sistem Kedudukan Sejagat[sunting | sunting sumber]

COOLPIX P510 turut memiliki Sistem Kedudukan Sejagat ("Global Positioning System") bina dalam yang merakamkan latitude dan longitude lokasi di mana gambar diambil dalam data bentuk EXIF. Ia turut membenarkan gambar diambil pada pecutan lima gambar resolusi penuh pada 7 bingkai sesaat atau sehingga 30 gambar resolusi penuh pada 1 bingkai sesaat.

Kedudukan yang didapati dari Sistem Kedudukan Sejagat digunakan bagi merakam maklumat rakaman dan penggambaran dan menjejak laluan. Maklumat lokasi penggambaran yang didapati dari GPS direkod bersama gambar. Apabila ViewNX 2 digunakan, peta yang menunjukkan lokasi penggambaran boleh dipaparkan pada skrin komputer. COOLPIX P510 turut menawarkan fungsi log yang merakamkan pergerakan menurut kala khusus sebagai data log sungguhpun kamera tidak digunakan dan ditutup, membenarkan pengguna mengekalkan rekod pergerakan mereka semasa percutian contohnya, sebagai fail yang boleh dilihat kemudian. Tambahan lagi fail A-GPS boleh dimuat turun bagi meningkatkan dapatan masa satelit GPS ketika kamera dibuka untuk operasi lebih licin.

Kanta[sunting | sunting sumber]

Teras pada keupayaan zum optik 42x COOLPIX P510 yang mengkagumkan yang membawa aksi subjek hampir dengan jurugambar dari lebar 24mm hingga julat fokus 1,000mm adalah kanta kaca NIKKOR. kanta kaca NIKKOR memberikan perincian tepat dan gambar jelas yang menakjubkan. Ciri ini dicapai melalui penggunaan enjin pemproses data gambar digital berpr4stasi tinggi Nikon's EXPEED C2™ yang dimuatkan secara khusus pada model COOLPIX P510 bagi memastikan gambar dan video berkuali tinggi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]