COVAX

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Akses Global Vaksin COVID-19 (Bahasa Inggeris: COVID-19 Vaccines Global Access) atau COVAX ialah sebuah inisiatif antarabangsa yang bertujuan untuk memberikan akses adil dan sama rata vaksin COVID-19 kepada negara-negara dunia yang diarahkan oleh Gavi, the Alliance Vaccine (dulunya Perikatan Global untuk Vaksin dan Imunisasi, GAVI), Pakatan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini adalah salah satu dari tiga tonggak Access to COVID-19 Tools Accelerator, inisiatif yang dimulakan pada April 2020 oleh WHO, Suruhanjaya Eropah dan pemerintah Perancis sebagai tindak balas terhadap pandemik COVID-19. COVAX menyelaraskan sumber-sumber antarabangsa untuk membolehkan negara berpendapatan rendah hingga sederhana untuk mendapatkan akses yang adil bagi ujian, terapi, dan vaksin COVID-19.[1] Menjelang 15 Julai 2020, 165 buah negara - mewakili 60% populasi manusia - telah menyertai inisiatif COVAX.[2]

Walau bagaimanapun, COVAX masih gagal mencapai matlamat asal setakat kini. Walaupun memiliki matlamat untuk memberikan 100 juta dos pada akhir Mac 2021, pada 11 April, COVAX hanya berjaya memberikan 38.5 juta dos,[3][4] dan pada 17 Jun, hanya 88 juta dos.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "COVAX explained". gavi.org. GAVI. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  2. ^ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (15 Julai 2020). "More than 150 countries engaged in COVID-19 vaccine global access facility". Dicapai pada 3 Februari 2021.
  3. ^ Gleeson, Deborah (2021-04-11). "The best hope for fairly distributing COVID-19 vaccines globally is at risk of failing. Here's how to save it". The Conversation. Dicapai pada 2021-04-25.
  4. ^ "Coronavirus: WHO chief criticizes 'shocking' global vaccine divide". BBC. 2021-04-10. Dicapai pada 2021-04-25.
  5. ^ "COVAX vaccine roll-out" (dalam bahasa Inggeris). www.gavi.org. Dicapai pada 2021-06-22.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]