Pergi ke kandungan

Campi Flegrei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Campi Flegrei
Campi Flegrei
Pemandangan Campi Flegrei dari Napoli
Titik tertinggi
Ketinggian458 m (1,503 ka) [1]
Koordinat40°49′37″N 14°08′20″E / 40.827°N 14.139°E / 40.827; 14.139[1]
Geografi
LokasiWilayah Napoli, Itali
Geologi
Usia batuan40,000 tahun
Jenis gunungKaldera[1]
Lengkok/Lingkaran
gunung berapi
Lengkok gunung berapi Campania
Letusan terakhirSeptember hingga Oktober 1538[1]

Campi Flegrei ([ˈkampi fleˈɡrɛi]; bahasa Neapolitan: Campe Flegree; dari bahasa Yunani: φλέγω flego, "untuk dibakar")[2] ialah sebuah supervolkano besar yang terletak di barat Napoli, Itali. Kawasan gunung ini diisytiharkan sebagai taman wilayah pada tahun 2003. Kawasan kaldera terdiri daripada 24 kawah gunung berapi dan struktur gunung berapi; kebanyakannya berada di bawah air. Aktiviti hidroterma boleh diperhatikan di Lucrino, Agnano dan di bandar Pozzuoli. Terdapat juga manifestasi gas efusif di kawah Solfatara, rumah mitologi tuhan api Rom, Vulcanus. Kawasan ini dipantau oleh Balai Cerap Vesuvius.[3]

  1. ^ a b c d Campi Flegrei (dalam bahasa Inggeris), Institusi Smithson Global Volcanism Program, dicapai pada 2 April 2020
  2. ^ "Flegreo" (dalam bahasa Itali). Garzantilinguistica. Dicapai pada 2 April 2020.
  3. ^ Giudicepietro, Flora. "Campi Flegrei - stato attuale" (dalam bahasa Itali).

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]