Kawah gunung berapi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kawah gunung berapi di gunung Tangkuban Parahu, Bandung, Indonesia
Kawah gunung berapi Santa Anai, El Salvador.

Sebuah kawah gunung berapi merupakan lekukan kebulat-bulatan di tanah yang disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.[1] Ciri ini biasanya berbentuk seakan mangkuk yang mempunyai lohong di dalamnya. Ketika berlakunya letusan gunung berapi, magma cair dan gas gunung berapi diluahkan dari ruang magma bawah tanah melalui saluran berbentuk tiub sehingga sampai ke lohong kawah di mana gas akan dilepaskan ke atmosfera dan magma diletuskan sebagai lava. Sebuah kawah gunung berapi boleh mempunyai dimensi yang besar, dan kadangkalanya juga berkedalaman besar. Dalam beberapa jenis letusan tahap besar, ruang magma gunung berapi mungkin akan meluahkan isinya cukup sehingga kawasan atasnya runtuh dan membentuk kawah yang lebih besar dikenali sebagai kaldera.

Geomorfologi[sunting | sunting sumber]

Dalam kebanyakan gunung berapi, kawah terletak di atas gunung yang terbentuk daripada letakan letusan gunung berapi seperti aliran lava dan tefra. Gunung berapi yang berpenghujung di kawah puncak biasanya berbentuk kon. Sesetengah kawah gunung berapi lainnya boleh didapati di sisi-sisi gunung ini biasanya disebut sebagai kawah sisi. Beberapa kawah gunung berapi boleh diisi sepenuhnya atau sebahagiannya dengan hujan dan/atau salji cair, membentuk sebuah tasik kawah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Glossary of Terms: C". physicalgeography.net. Dicapai pada 2008-04-12.