Cao Cao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cao Cao

Cao Cao (Bahasa Cina: 曹操; pinyin: Cáo Cāo; 155 – 15 Mac 220[1]) adalah seorang hulubalang Zaman Tiga Kerajaan yang terkenal. Beliau dikenal sebagai pemikir ulung, ahli strategi dan juga pakar perang. Nama penuhnya adalah Cao Mengde, juga dikenali sebagai Cao Aman yang merupakan nama ringkasnya.

Dia dilahirkan di kota Qiao (sekarang di wilayah propinsi Anhui). Kerjaya politiknya bermula apabila dia turut mematahkan Pemberontakan Serban Kuning yang mengancam kuasa Dinasti Han di akhir tempoh pemerintahan dinasti tersebut. Setelah berhasil mematahkan pemberontakan tersebut, dia diberikan jabatan dan kemudian mengambil kesempatan tersebut untuk menguasai Prefektur Qingzhou. Ia kemudian memperkukuhkan kedudukannya dengan memujuk bekas anggota pemberontak Serban Kuning untuk bergabung dengan tentera pribadinya.

Pada tahun 196, ia menerima dan memberikan perlindungan kepada Raja Han Xiandi yang pada saat itu mendapat ancaman. Namun kemudian malah menggantikan Raja Han Xiandi dan mengambil kesempatan ini untuk mengalahkan beberapa panglima perang di sekitar wilayah Xuchang yang merupakan pusat kekuatannya.

Kemenangan terbesarnya adalah dalam Perang Guandu untuk menaklukkan Yuan Shao yang pada saat itu merupakan palglima perang terbesar di wilayah utara Cina. Setelah penaklukan itu, ia dilantik secara rasmi sebagai perdana menteri dan berhasil menyatukan Cina utara.

Setelah mendapat kedudukan sebagai perdana menteri, Cao Cao kemudian menyusun kekuatan untuk menakluk Cina selatan yang waktu itu dikuasai oleh Liu Bei dan Sun Quan. Perang Chibi adalah perang di antara Cao Cao melawan gabungan Liu Bei dan Sun Quan. Bagaimanapun Cao Cao menerima kekalahan dalam peperangan terkenal sepanjang sejarah Cina ini.

Ia mengelarkan dirinya sebagai Raja Wei. Sepeninggalnya, anaknya Cao Pi kemudian memaklumatkan diri sebagai Raja Wei dan sekaligus menubuhkan negara Cao Wei. Kemudiannya, Cao Cao diangkat pangkatnya menjadi Raja Wei Wudi.

Penemuan makam Cao Cao[sunting | sunting sumber]

Penemuan makam Cao Cao di Kampung Xigaoxue (西高穴村) di Kaunti Anyang, wilayah Henan dilaporkan ahli arkeologi pada Disember 2009. Legenda mengatakan bahawa makam ini dilindungi oleh 72 umpan untuk mengekalkan kerahsiaan lokasinya, namun penemuan ini menimbulkan keraguan terhadap legenda ini.[2] Makam ini ditemui pekerja tanur berdekatan semasa mereka menggali lumpur untuk membuat bata, namun tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Rompakan kubur telah berjalan sejak itu, sehingga pihak berkuasa tempatan merampas papan batu dengan inskripsi "Raja Wu dari Wei" (魏武王) — rujukan selepas mati terhadap Cao — daripada perompak kubur dan mengetahui akan kewujudan makam itu. Ahli arkaeologi mula menggali makam itu pada Disember 2008.[3]

Makam itu seluas 740-meter-persegi, saiz sepadan untuk raja, disahkan telah dibina di zaman Wei dan merupakan milik Cao Cao. Di dalamnya terdapat papan batu yang mengenal pasti Cao Cao sebagai pemilik makam tersebut, 250 artifak termasuk senjata, baju zirah dan tembikar[4], tinggalan seorang lelaki berumur 60-an, dan tulang dua wanita berumur 50-an dan 20-an[2]. Tiada barangan mewah dijumpai dalam makam tersebut, sejajar dengan wasiat Cao yang meminta ditanam biasa sahaja.[4] Jasad tersebut dipercayai milik Cao Cao dan isterinya, beserta dengan hamba perempuannya.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sinica.edu.tw
  2. 2.0 2.1 2.2 Lin Shujuan, "Tomb of legendary ruler unearthed.". China Daily. Dikemas kini: 2009-12-28.
  3. Tomb of legendary general Cao Cao unearthed in central China. Xinhua. 2009-12-27.
  4. 4.0 4.1 Li Xinran. "Tomb of Cao Cao, early ruler, is found." Shanghai Daily. 2009-12-28.