Carok Bakap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Carok bakap)

Kampung Carok Bakap terletak di Parit Panjang, berdekatan Kuala Ketil, Baling, Kedah, Malaysia. Ia merupakan sebuah perkampungan Melayu - Siam kerana berhampiran dengan sempadan Thailand. Penduduknya mengusahakan sektor pertanian terutama sawah padi.


PAS Carok Bakap[sunting | sunting sumber]

PAS Cawangan Carok Bakap terletak di dalam kawasan Baling, Kedah. Sebelum penubuhan PAS cawangan ini, ahli-ahli bergiat di bawah cawangan PAS Parit Panjang. Cetusan gagasan penubuhan cawangan ini sendiri bermula dalam pertengahan tahun 1980-an. Penubuhan cawangan ini bertujuan memperbanyak keahlian dan cawangan dalam PAS kawasan Baling itu sendiri.

Usaha-usaha penubuhan ini dipepolori oleh beberapa orang kuat PAS kawasan sendiri. Antara nama tersohor ialah Ustaz Salleh Hj Ahmad yang merupakan AJK PAS kawasan Baling ketika itu dan beberapa nama peringkat cawangan Parit Panjang sendiri. Antaranya Allahyarham Ustaz Abd Razak Mahmud, Tuan Hj Said Ismail, Ahmad Dollah (Mat Ketua) dan lain-lain lagi.

Sebagai usaha pertama dalam usaha menarik penduduk setempat dengan perjuangan ini, majlis usrah telah diadakan. Usrah pertama dicatatkan diadakan di rumah Allahyarham Hj Yaakob Hj Ahmad yang dinakib[[:]] pertamanya oleh Ustaz Bakar Omar (Ust Bakar Belantik). Kehadiran peserta usrah pertama ini tidaklah sampai sepuluh orang namun usaha-usaha berterusan berjaya menyampaikan pesanan perjuangan PAS sehingga cawangan ini tertubuh dengan rasmi dan menjadi sebuah cawangan yang dihormati oleh rakan dan lawan.

PAS cawangan Carok Bakap dengan rasminya didaftarkan sebagai cawangan berdaftar mengikut Akta Pertubuhan pada tahun akhir 1989. Ketua Cawangan pertamanya ialah Yg. Bhg. Ust. Salleh Hj Ahmad, Setiausaha pertamanya ialah Allahyarham Ust Abd Razak Mahmud manakala Bendahari pertamanya ialah Yg Bhg Tuan Hj Said Ismail.

Beberapa tahun kemudian, atas daya usaha berterusan pemimpin ini, ramai yang menyertai PAS termasuklah beberapa orang kuat parti lawan. Dengan kemasukkan beramai-ramai mereka ini ke dalam PAS cawangan Carok Bakap, cawangan ini menjadi lebih mantap. Selepas itu, PAS berjaya pula membina markas PAS Caw Carok Bakap dalam masa yang singkat. PAS Cawangan juga beberapa kali dinobatkan sebagai Cawangan Terbaik Kawasan Baling walaupun usianya masih muda.