Caroline Herschel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Caroline Herschel
1829 Melchior Gommar Tieleman, Ölgemälde Caroline Herschel Hannover.tif
Caroline Herschel pada usia 78 tahun, setahun setelah memenangi pingat emas dari Royal Astronomical Society pada tahun 1828
Kelahiran
Caroline Lucretia Herschel

(1750-03-16)16 Mac 1750
Meninggal dunia9 Januari 1848(1848-01-09) (umur 97)
WarganegaraJerman
Terkenal keranaPenemuan beberapa komet
AnugerahPingat Emas Royal Astronomical Society (1828)
Pingat Emas Prusia untuk Bidang Sains (1846)
Kerjaya saintifik
BidangAstronomi

Caroline Lucretia Herschel (/ˈhɜːrʃəl, ˈhɛər-/;[1] 16 Mac 1750 - 9 Januari 1848) ialah seorang ahli astronomi Jerman, yang sumbangannya paling signifikan terhadap astronomi ialah penemuan beberapa komet, termasuk komet berkala 35P/Herschel–Rigollet, yang menggunakan namanya.[2] Beliau ialah adik perempuan ahli astronomi William Herschel, yang bekerja dengannya sepanjang kerjayanya.

Beliau merupakan wanita pertama yang menerima gaji sebagai saintis,[3] sekaligus menjadi wanita pertama di England yang memegang jawatan kerajaan.[4] Beliau juga ialah wanita pertama yang dianugerahkan Pingat Emas Persatuan Astronomi Diraja (1828), dan dinobatkan sebagai Ahli Kehormat dari Persatuan Astronomi Diraja (1835, bersama Mary Somerville). Beliau juga dinobatkan sebagai anggota kehormat Akademi Diraja Ireland (1838). Raja Prusia menghadiahkannya Pingat Emas untuk Sains pada hari ulang tahunnya yang ke-96 (1846).[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Herschel". Random House Webster's Unabridged Dictionary.
  2. ^ Nysewander, Melissa. Caroline Herschel. Biographies of Women Mathematicians, Atlanta: Agnes Scott College, 1998.
  3. ^ Brock, Claire (2004). "Public Experiments". History Workshop Journal. Oxford University Press. 58 (58): 306–312. doi:10.1093/hwj/58.1.306. JSTOR 25472768.
  4. ^ Ogilvie, Marilyn Bailey (1986). Women in Science: Antiquity through the Nineteenth Century. MIT Press. halaman 97–98. ISBN 978-0-262-65038-0.
  5. ^ Herschel, Caroline Lucretia (1876). Herschel, Mrs. John (penyunting). Memoir and Correspondence of Caroline Herschel. London: John Murray, Albemarle Street.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]